Teringat drama melayu.. bila adengan suami isteri takder anak jer mesti orang tuduh isteri mandul.. Walaupun hanya drama, persepsi begitu dah terbawa-bawa ke kehidupan nyata hingga berlaku penceraian disebabkan isteri tak dapat bagi anak..
Namun hakikat sebenar, suami pun ada masalah juga dan boleh jadi masalah tu berpunca dari lelaki. Buat lelaki semua, korang tau 40% masalah kemandulan korang berpunca dari kualiti sperma. Bunyinya menyedihkan bukan ?? Inilah fakta yang lelaki tak perasan pun yang mereka boleh mandul dalam diam sebenarnya.
Kami nak kongsikan dengan anda beberapa sebab yang berkemungkinan menjadi punca kenapa lelaki pun boleh mandul. Nak tau tak ??
KEMALANGAN
Jika korang pernah mengalami kemalangan atau terjatuh hingga menyebabkan rasa sakit pada testis, korang kne berjaga jaga. Korang mungkin dah tak rasa sakit lagi sebab kemalangan tu dah lama berlaku.. tapi testis mungkin mengalami masalah dan jika masalah tu merebak kepada spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma), fungsi testis akan terjejas dan tak mampu lagi menghasilkan sperma yang berkualiti.
KESIHATAN
Jika korang seorang perokok tegar.. korang kena hati hati.. Sebab kadar nikotin dalam tubuh orang yang merokok boleh mengurangkan atau merosakkan sperma yang dihasilkan.
Lelaki yang mengambil ubat ubatan yang mengandungi steroid juga perlu berhati hati. Memang la steroid adalah hormon sitesis yang bantu membentuk tubuh tapi dalam masa yang sama ia menyumbang masalah ketidaksuburan pada lelaki.
Tekanan di tempat kerja atau apa je yang boleh mendatangkan tekanan juga boleh menyebabkan sperma tidak dihasilkan dengan baik dan kurang berkualiti.
KETURUNAN
Azoospermia Oligospermia yang bermaksud kekurangan sel sperma dalam air mani atau langsung takder. Seram kan !! Masalah lain seperti Sperma tak aktif, hormon testrogen kurang, Air mani terlalu cair atau pekat dan pancutan lemah adalah salah satu penyebab mati pucuk. Ini mungkin disebabkan faktor genetik yang dibawa sama ada dari gen ayah atau ibu.. Wallahu'alam...
PEMAKAIAN
Lelaki yang suka memakai seluar ketat perlu berhati hati. tabiat korang tu boleh menyebabkan suhu pada testis meningkat dan mengakibatkan pengeluaran sperma menurun. Jadi tak payah la nak ikut trend dan fashion sangat dengan memakai seluar kecik atau ketat.. Mengundang namanya tu !
PEMAKANAN
Proses kehamilan adalah bergantung kepada kualiti dan jumlah sperma yang dapat dihasilkan oleh lelaki. Kiraan jumlah sperma yang normal adalah diantara 20 Juta dalam setiap milimeter. Jika kurang, kemungkinan untuk suami menghamilkan isteri adalah kecil.
Menurut kajian, kualiti dan jumlah yang terhasil adalah saling berkait rapat dengan amalan pemakanan seperti yang dinyatakan oleh penasihat di American Council for Fitness and Nutrition, Dr Keith Thomas Ayoob. Makanan yang baik untuk jantung ternyata beri implikasi kebaikan kepada pengaliran darah. Oleh sebab tu pengaliran darah yang lancar mampu memberi kesan pada produktiviti sperma yang baik dan mengelakkan dari berlakunya masalah sperma pra matang atau cacat.
So.. amalkan pemakanan yang sihat dan baik untuk kesihatan ok !
Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...
ATAU
No comments:
Post a Comment