Friday, January 26, 2018

5 RISIKO MENGANDUNG SELEPAS USIA 35 TAHUN. TAPI ADA KELEBIHAN JUGA



“Alhamdulillah, dah dapat siapkan Master, PhD & kerjaya pun dah stabil. Tapi stres juga kalau orang asyik tanya bila nak dapat anak.”



Kini, trend berkahwin lewat bukanlah sesuatu yang pelik. Disebabkan ekonomi yang mendesak, makin ramai wanita yang mahu fokus kepada kerjaya & terpaksa melalui kehamilan pada usia yang lebih lewat.

Seringkali kita dengar orang cakap memang bahaya kalau mengandung lewat sangat. Tapi, risiko yang bagaimana sebenarnya bakal dihadapi:question:

Menurut kajian dan bukti terkini, berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita, seperti yang didedahkan dalam artikel Medical News Today.

1. MASALAH KESUBURAN



Pertama sekali, usia yang semakin lanjut kerapkali dikaitkan tahap kesuburan lelaki & wanita yang kian merudum.

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan melalui The New England Journal of Medicine, 74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun & ke bawah boleh mengandung dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31-34 tahun. Malah, apabila mencecah 35 tahun & ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.

2. MASALAH KESIHATAN BAYI



Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur & sperma yang dihasilkan oleh pasangan juga menyumbang kepada risiko keguguran bayi.

Penelitian menunjukkan keguguran bayi meningkat selari dengan usia kehamilan, di mana bayi juga berisiko mengalami kurang berat badan, kelahiran pramatang & meninggal dunia dalam kandungan.

3. KOMPLIKASI BERSALIN



Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal & memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep atau pembedahan Caesarean.

Dalam penyelidikan di King’s College London, keputusan mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin & secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat berkontraksi dengan efektif. Sementara itu, perubahan pada hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.

4. MASALAH KESIHATAN IBU



Apabila meningkat usia, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan tertentu seperti masalah darah tinggi, diabetes, tinggi kolesterol & sebagainya.

Disebabkan penyakit & kondisi inilah, wanita disarankan agar tidak melewat-lewatkan kehamilan mereka tanpa sebab. Ini kerana, kondisi tersebut mampu menjejaskan kesihatan kandungan & memburukkan keadaan kesihatan ibu.

5. RISIKO BAYI SYNDROME DOWN


Sesetengah risiko penyakit genetik seperti Sindrom Down didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia. Data menunjukkan kebarangkaliannya adalah

πŸ‘‰ 1 dalam 1064 pada usia 25 tahun
πŸ‘‰ 1 dalam 686 pada usia 30 tahun
πŸ‘‰ 1 dalam 240 pada usia 35 tahun
πŸ‘‰ 1 dalam 53 pada usia 40 tahun
πŸ‘‰ 1 dalam 19 pada usia 45 tahun

Salah satu faktor yang menjadi sandaran pakar buat masa ini adalah apabila ibu semakin berusia, proses rekombinasi yang kurang terkawal hingga menyebabkan kecelaruan pada susunan kromosom & bilangan sel yang abnormal.

πŸ’ TAPI, MENGANDUNG LEWAT USIA ADA JUGA KELEBIHANNYA....

Walaubagaimanapun, ibu janganlah terlalu risau kerana perkhidmatan kesihatan di Malaysia & teknologi masa kini mampu membantu ibu-ibu mendapat rawatan awal daripada doktor.

Banyak kajian yang turut mengambil kira kesan positif daripada perkahwinan & kehamilan melebihi 35 tahun. Antaranya termasuklah :

1) IA MENINGKATKAN KECERDASAN IBU



Penemuan terkini mendapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang buat otak wanita. Secara spesifiknya, estrogen meningkatkan fungsi & struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.

2) IBU BERSIKAP LEBIH MATANG



Pada usia yang sebegini, wanita biasanya lebih realistik & bersedia untuk menjaga anak. Mereka juga lebih ‘alert’ terhadap kesihatan harian keluarga & diri sendiri, serta mampu menguruskan stres dengan lebih baik.

3) EKONOMI LEBIH KUKUH



Dari segi ekonomi juga, sesebuah keluarga biasanya lebih bersedia & telah mencapai kestabilan dalam memasti
 kan arah tujuan anak-anak lebih terjamin.


Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang & Tuhan juga yang menentukan. Oleh itu, kita harus tetap bersyukur seandainya dikurniakan rezeki zuriat walaupun pada usia kehamilan yang lewat. Namun, pastikan kita mendapat pemantauan daripada doktor secepat mungkin agar sebarang masalah dapat dikenalpasti & diselia dengan sebaiknya.


Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...
SILA KLIK πŸ‘‰ http://setsuburmymila.wasap.my

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN
SILA KLIK πŸ‘‰ http://ihamil.wasap.my

No comments:

Post a Comment