.
1. Elakkan tekanan - Wanita ini diuji dengan pelbagai sebab. Hormon tidak stabil pun dah cukup menekan emosinya apatah lagi jika dibebani dengan kerja di rumah yang tak pernah henti. Ditambah pula dengan kerja kat ofis. Ni antara punca kenapa wanita nak bersama suami pun dia tak mampu nak bersama sepenuh hati. Tips, kawal stress... senyum dan fikir baik baik. Allah kan ada 😉
.
2. Jaga pemakanan - "aku ni gemuk pun elok je lahir anak... dah 3 orang dah", kita panggil tu rezeki kak. Rata rata wanita yang berjumpa doktor mengadu tidak dapat mengandung lagi akan pulang ke rumah setelah dinasihat untuk kurangkan badan terlebih dahulu dan barulah merancang kehamilan. Kawal pemakanan seimbang jika anda ingin merasa denyutan jantung dari rahim anda. InsyaALLAH boleh...
.
3. Berbuat baik - Lakukan kerja kerja amal, dekati anak anak yatim. Beritahu kepada anak anak yatim niat anda untuk peroleh zuriat. Solat hajat bersama mereka dan mohon mereka bacakan dan aminkan doa buat anda (seeloknya tulis dulu dalam satu kertas dan minta mereka bacakan doa tersebut sambil diaminkan semua). Doa anak anak yatim mudah dimakbul ALLAH.
.
4. Kenali waktu subur - Waktu subur bagi wanita dengan kitaran haid normal adalah pada hari ke 7 period sehingga hari ke 16 period. Pastikan anda menggunakan segala kemudahan seperti OPK TEST untuk cari hari subur anda.
.
5. Minta nasihat doktor - Nasihat dari doktor sangat penting buat mereka yang belum lagi dikurniakan zuriat. Minta doktor scan rahim anda, lihat keadaannya, sihat atau tidak. Percayalah tidak ramai yang berani untuk minta doktor buat semua itu untuknya melainkan dia benar benar tahu mengapa rahim itu perlu di scan.
.
6. Jauhi rokok - Baik lelaki atau wanita, keduanya dilarang merokok demi perkembangan janin. Kajian saintifik pun dah bagitau, bila seseorang tu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan akan ambil masa yang lama untuk pregnant.
.
7. Kurangkan Kafein- Risiko mengurangkan kesuburan sangat tinggi bagi mereka yang consume Kafein lebih dari 5 cawan sehari. Biarpun dengan meminum minuman bercaffeine contohnya coffee akan bagi lebih tenaga, tapi limitkanlah kepada 1 cup sehari.
.
8. Tak putus berdoa - Allah tunggu hambanya berdoa dan minta padaNya. Kalau bab meminta pun segan apatah lagi solat 5 waktu dan solat dhuha, macam mana Allah nak bagi. Percayalah Allah ada, dan melihat kita. Buatlah yang terbaik, insyaAllah Dia akan mudahkan.
.
9. Minta ibu ayah, ibu ayah mertua doakan - Doa daripada ibu ibu dan ayah ayah ni sangat mudah diterima Allah. Jangan malu untuk beritahu hajat dan niat anda sambil tu minta mereka doakan. Anda akan tahu keajaibannya apabila kita tidak putus menyayangi dan mengasihi mereka.
.
10. Jangan putus usaha - Banyak produk produk mudah hamil & kesuburan di pasaran. Tak salah ambil tahu mengenai produk produk berkenaan.
.
11. Belajar ilmu kehamilan & kelahiran - Ilmu sangat penting untuk hamil. Kalau waktu subur pun kita tak tahu, tips mudah hamil pun terkapai kapai, ia akan sukarkan impian kita untuk jadi mak ayah dengan mudah. Banyakkan ambil tahu dan membaca.
.
.
Bunda doakan setiap wanita dapat merasa nikmat mengandung & melahirkan.
#ihamil2018 amin ❤❤❤
Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...
ATAU
No comments:
Post a Comment