Monday, January 08, 2018
AKU MENANGIS HARI INI MERAYU MEMINTA PADAMU HADIRKANLAH ZURIAT DALAM RAHIM KU 😢😢😢
Saya cukup memahami perasaan wanita yang masih gagal untuk hamil walau pun sudah lama berkahwin. Kadang-kadang bila period baru delay 2-3 hari jer sibuk dah nak buat pregnancy test, lepas tuh rasa down bila result menunjukkan NEGATIVE ,
dengan rasa frust bila orang keliling asyik tanya bila nak ada anak.
.
InshaaAllah semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat semua terutamanya bagi mereka yang sudah lama berusaha untuk hamil tetapi masih tidak berjaya.
.
1. Banyakkan beristighfar dan bertaubat
~~diatas segala dosa yang dilakukan.
Sucikan hati, dekatkan diri dengan Allah. Jika kesukaran untuk mengandung yang kita alami adalah kifarah dari Allah atas dosa yang pernah kita lakukan, mohon supaya Allah terima taubat kita dan berikan peluang untuk kita merasa nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak.
.
2. Berpuasa sunat
Ingat tak kisah Nabi Zakaria yang dah berumur tapi belum dikurniakan cahaya mata? Setiap hari Nabi Zakaria berdoa kepada Allah, sampai menangis-nangis sebab betul-betul nakkan anak.
.
Selain berdoa, Nabi Zakaria juga mengamalkan puasa sunat. Oleh itu, kita boleh berpuasa sunat sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Amalan puasa sunat ini lebih afdhal jika dilakukan oleh suami, 2 kali seminggu iaitu puasa sunat hari Isnin dan Khamis.
.
3. Jaga kelakuan dan tutur kata
Lagi kisah Nabi Zakaria. Ingat tak kisah bahawa Nabi Zakaria dibisukan oleh Allah selama 3 hari selepas isterinya berjaya mengandung? Ia adalah peringatan simbolik dari Allah bahawa suami seharusnya menjaga tutur kata dan tidak bercakap perkara yang sia-sia semasa isteri mengandung. Oleh itu, jika kita sedang mencuba untuk mengandung, adalah baik jika kita menjaga kelakuan dan tutur kata agar doa kita supaya mendapat cahayamata dimakbulkan.
.
4. Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran
.
Tips mudah mengandung cara islam yang seterusnya ialah banyakkan berdoa dan membaca Al- Quran. Jangan pernah berhenti berdoa. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian
.
Anda boleh mengamalkan surah-surah berikut,
.
* Surah al-Fatihah: Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
* Surah Maryam: Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
* Surah Luqman: Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
* Surah Yusuf: Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
* Surah Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
* Surah Yaasin: Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang
mengajak kepada maksiat.
* Surah Taubah: Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
* Surah an-Nahl: Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
.
5. Cari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan
Di samping berdoa, kita juga perlu menggali ilmu tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, kesuburan seperti punca ketidaksuburan, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung,
.
Adalah penting juga untuk kita mengetahui masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki kerana ia boleh menjadi punca kenapa kita belum berjaya mengandung. Kita juga perlu tahu tentang waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan agar mendapat keputusan yang tepat. Kita perlu tahu apakah perkara yang perlu
dielakkan kerana boleh menjejaskan kesuburan. Akhir sekali, kita perlu tahu apakah tanda awal mengandung supaya kita alert apabila kita telah berjaya.
.
6. Amalkan tips kesuburan
Anda juga boleh mengamalkan tips mudah mengandung yang mungkin boleh membantu usaha anda untuk mengandung.
.
.
Dan ingatlah , semasa berdoa tu..
Menangislah, merintihlah. buat sungguh seolah2 apa yang awak minta tu , awak inginkan ianya berlaku esok hari...
Dan sabar.. sabar dan sabar , istiqamah dan konsisten...
InshaaAllah, suatu ketika nanti..bila tiba saatnya....
Allah akan sampaikan hajat awak , Allah Maha Mengetahui, Dia sedang melihat segala apa yang kita lakukan dan sejauh mana gigihnya kita memohon pertolongan-Nya...
.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
.
===========
Amalan pertama.
===========
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
– Baca Bismillah 1 kali
.
– Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
.
– Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
.
– Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya:
.
“Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat ”
.
– Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
.
.
===========
Amalan kedua.
===========
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
.
.
Jom Share dan Tag Suami..
.
Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...
SILA KLIK 👉 SET SUBUR MYMILA
ATAU
IHamil Premium produk baru Mymila 4x lebih PANTAS MENYUBURKAN
SILA KLIK 👇
iHAMiL PREMIUM 4X LEBIH SUBUR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment