Tuesday, January 09, 2018

KENALPASTI WAKTU SUBUR MENGGUNAKAN 2 JARI ? APAKAH LENDIRAN CERVICAL? πŸ€”

 Lendiran cervical adalah lendiran yang dihasilkan dari persekitaran pangkal rahim & ianya melalui liang vagina. Seseorang wanita selalunya amat peka pada perubahan lendiran yang keluar ini.

Perubahan itu membantu menentukan sama ada seseorang itu sedang mengalami OVULASI ATAU TIDAK. Apabila kitaran haid berlangsung, lendiran cervical mucus juga berubah dari segi KUANTITI & KEPEKATAN. Ini semua kesan daripada hormon wanita yang berubah-ubah.

πŸ’πŸ»LANGKAH-LANGKAH :

1) Basuh tangan dahulu untuk mengelakkan kuman
2) Biasanya dilakukan dalam keadaan mencangkung
3) Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasa sesuatu yang agak pejal (Pangkal rahim)
4) Putarkan jari di situ & keluarkan jari bersama lendiran
5) Lendiran itu dipegang dengan menggunakan jari telujuk & ibu jari
6) Regangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya

Jika terdapat KEKERINGAN di bahagian kemaluan (Vulva) & hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk melalukannya, ini boleh MENCEDARAKAN VAGINA. Tidak perlu guna bahan pelincir untuk tujuan ini, kerana boleh mengelirukan keputusan. Kekeringan itu bermaksud seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah RENDAH.

Jika lendiran cervical mucus itu agak KENTAL, PEKAT & BERWARNA PUTIH, ini bermakna seseorang itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari, ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir & lendirannya akan bertambah pekat & jernih.

Jadi jika lendiran cervical mucus itu telah berubah menjadi JERNIH, LICIN & MUDAH DIRENGGANGKAN (Putih telur), ini bermakna wanita itu sedang mengalami ovulasi. Lendiran itu boleh direnggangkan beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Jumlah itu digambarkan sebagai paling banyak.

Inilah masa dimana PELUANG UNTUK HAMIL ADALAH SANGAT TINGGI. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.

Analisa ini haruslah dilakukan AWAL PAGI, kerana lendiran ini menjadi bertambah banyak berbanding waktu-waktu lain. JANGAN lakukan analisa ini selepas melakukan jimak bersama suami, kerana ia boleh mengelirukan antara sperma & lendiran cervical mucus.

Kredit :
1. Blog Dr Zubaidi
http://drzubaidi.com/blog/menentukan-kesuburan-berdasarkan-lendiran-serviks/

2. STOKIS IEFA DIYANA
FB TIPS BERJAYA HAMIL





Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

SILA KLIK πŸ‘‰ http://setsuburmymila.wasap.my

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                           
SILA KLIK πŸ‘‰ http://ihamil.wasap.my

No comments:

Post a Comment