Friday, January 05, 2018
Awas Bila Bayi Kembung Perut! Mama Papa Kena Tahu Punca Dan Cara Redakan
Bayi kembung perut sering kali terjadi. Bayi secara tiba-tiba tidak berhenti menangis walaupun sudah diberikan susu? Ini adalah antara ciri bayi mengalami masalah kembung perut atau turut dikenali sebagai kolik. Ketahui apa itu kolik, bagaimana ia terjadi dan cara mengatasinya.
Colic berasal daripada perkataan Greek iaitu kolikos yang bermaksud kolon (organ yang terletak di dalam perut). Berabad lamanya kita percaya bahawa kolik disebabkan oleh kesakitan atau ketidakselesaan di dalam perut bayi.
Umumnya kolik terjadi pada bayi berusia lima bulan ke bawah. Kolik sering terjadi pada waktu malam. Reaksi bayi yang mengalami kolik ialah menangis tanpa henti, sukar ditenangkan walaupun sudah disusui dan didukung. Biasanya pada permulaan kolik, wajah akan kemerahan, mimik muka tampak menahan kesakitan diikuti dengan gerakan kaki ke arah perut. Kolik juga boleh menyebabkan bayi menangis berlarutan beberapa jam sepanjang malam dan sukar ditenangkan
(dalam kurungan -25 – 40% daripada populasi bayi yang lahir setiap tahun ialah bayi kolik. Setiap orang berkemungkinan mendapat bayi kolik pada setiap kehamilan)
Secara purata, kebanyakan bayi yang bukan kolik menangis selama dua jam dalam sehari. Ikuti karakter dan kekerapan tangisan bayi kolik seperti berikut;
-Simptom bermula seawal usia bayi tiga minggu.
-Sekurang-kurangnya tiga jam dalam sehari.
-Tiga hari seminggu, selama tiga minggu berturut-turut dan selalunya akan berhenti selepas usia tiga bulan.
Penyebab kembung perut atau kolik pada bayi belum diketahui secara tepat. Walaupun begitu, ada beberapa teori yang menjadi alasan terjadinya kolik. Antaranya ialah sistem pencernaan yang belum sempurna, alahan terhadap protein susu formula, dikaitkan dengan terlalu banyak meminum susu formula dan ibu menyusu yang tidak menjaga pemakanan dengan memakan makanan pencetusnya.
Makanan-makaan ini antara yang mungkin menyebabkan perut bayi kembung;
1.Produk tenusu (susu lembu, dadih, yogurt, aiskrim)
2. Bawang merah
3. Coklat
4. Kekacang seperti kacang tanah, taugeh, kacang hijau
5. Jagung
6. Gandum
7. Tomato
8. Strawberi
9. Brokoli
10. Kubis dan bunga kubis
Cegah selagi boleh. Tidak ada cara yang tepat untuk mencegah kolik. Tidak salah untuk anda mencuba meminimumkan penyebabnya. Misalnya, periksa posisi mulut bayi adalah betul semasa menyusu dan sendawakan dia setelah selesai menyusu.
Nak BUNDA bantu korang?
KLIK LINK dibawah
↴↴↴↴↴↴↴↴↴↴↴↴↴↴↴
SUSU PEKAT & MERIAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment