Pusingan haid yang teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan. Berbagai gejala dan penyakit bolih menimbulkan gangguan haid. Diantaranya ada yang merbahaya dan mengancam kesihatan saperti kanser pangkal rahim (cervix), kanser ovary atau rahim.
Sebahagian besar disebabkan oleh gangguan hormon dan juga berbagai2 tumbuhan bukan kanser saperti Fibroids, endometriosis dan ovarian cysts.
Walau demikian wanita perlu berwaspada bila timbul gangguan2 betikut:
1. Perdarahan selepas hubungan kelamin. Ia dianggap sebagai tanda kanser pangkal rahim. Walau demikian ada punca2 lain saperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp.
Perlu periksa faraj dan buat ujian Pap smear.
2. Perdarahan selepas putus haid
Ini satu tanda kanser dalam rahim. Lain2 punca, kekurangan hormone estrogen, fibroid dan polyp.
Periksa peranakkan dan buat vaginal scan, buat pap smear dan juga diagnostic D&C.
3. Perdarahan haid terlalu banyak dan berpanjangan (menorrhagia).
Punca utama tumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia Dan polyps. Perlu buat vaginal scan.
Rawatan dengan bedah D&C, buang Fibroids atau buang rahim.
Ubat hormone, norethisterone (norculut) bolih membantu.
4. Sakit senggugut.
Sering disebabkan olih endometriosis dan adenomyosis. Menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan.
Perlu buat vaginal scan. Bagi gadis buat scan perut.
5. Haid tidak teratur, jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih. Sering disebabkan olih PCOS, ovary bengkak dan tidak subur. Sering berlaku pada wanita gemok.
Gangguan utama ialah sukar hamil, kegunaan dan perdarahan banyak dan berpanjangan.
Perlu rawatan khusus dan kuruskan badan.
6. Tidak datang atau lewat datang haid
Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama buat ujian kehamilan UPT. Buat vaginal scan untuk pengesahan.
Lain2 punca ialah gangguan hormon akibat stress atau masuk umor empat puluhan. Mungkin hampir menopause.
7. Tidak datang haid melebihi 6 bulan.
Satu tanda menopause bagi mereka berumur sekitar 50an. Atau premature menopause bagi mereka dibawah 40 tahun.
Bagi mereka yang berhenti haid dalam umor 20an dan awal 30an , munkin sebabkan ovarian failure, iaitu telor dan hormone telah tandus.
8. Tiada datang haid pada gadis berumur 20 tahun.
Munkin disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj. Ini cacat kogenita, iatu sejak lahir tidak sempurna peranakkan nya.
Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...
ATAU
No comments:
Post a Comment