Tuesday, January 30, 2018

“Nak Mengandung Lagi Pun, Tunggulah Anak Itu Cukup 2 Tahun…”



Ada mak-mak yang ambil berat pasal mengandung, malah tak kurang juga yang bersikap sambil lewa apabila membincangkan isu merancang kehamilan. Katanya, tak apalah kalau Allah nak bagi.

Tetapi seeloknya biarlah usaha dulu tubuh badan cukup sihat. Dan kalau ikutkan saranan WHO pun, tahap kesihatan wanita untuk kembali hamil setelah melahirkan anak adalah 2 tahun.

Kenapa? Sebab bila mak-mak menjarakkan kehamilan selama 2 tahun, luka bersalin atau pembedahan sudah sembuh sepenuhnya.

Islam sangat mementingkan perancangan dan strategi, apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.

Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted). Kiranya bila dpt tahu pregnant lagi, rasa gembira nk sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa2

Waktu terbaik hamil: usia 20-35 tahun. Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam. Tapi depends la, kalau kahwin umur 36 nk buat camne. Hehe

Seeloknya Jarakkan 2 Tahun

Sebaik-baiknya jarak 2 tahun mcm dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat clear dari Allah. Kalau tak penting tak ada la sebut dalam Quran kan. Dalam 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak dan ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina suggests lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abg/kakak dah umur 2++.

Kaedah merancang: semulajadi dan cara moden. Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja “hm kami nk tunggu lagi 2 tahun” tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.

Mengandung Itu Rezeki Dari Allah Tapi…

Rezeki anak itu ada dengan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya. Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah.

Dr.Harlina suggests juga pengantin baru utk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dlm keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak leh gostan dah. Hihi. Tapi ni depends la pada kehendak masing-masing.

Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yang belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Last-last kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya.

Allah marah orang membunuh anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena clear niat merancang: bukan “saya taknak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada..”

Kesimpulan

1. Tanya diri
2. Tanya keluarga (suami)
3. Tanya doktor




Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamil.wasap.my @ www.ihamilpremium.com

13 Makanan Tambah Darah Ketika Hamil. Kalau Anemia, Cubalah...



MAKANAN TAMBAH DARAH KETIKA HAMIL

Pernahkah anda dengar tentang anemia semasa hamil?

Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Akan tetapi, kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia, haemoglobin, zat besi, dan yang seangkatan dengannya.

APA ITU ANEMIA ATAU KURANG DARAH?

Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah haemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

RISIKO KEHAMILAN PRAMATANG

Kepada ibu hamil, sila ambil perhatian kerana anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa letih dan lemah. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya.

Oleh yang demikian, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalan jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu, hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.

RISIKO KEGUGURAN

Menurut Kementerian Kesihatan, ibu turun darah sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.  Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Mari kita lihat senarai makanan yang dicadangkan untuk penghidap anemia.

1. DAGING MERAH


Makan daging merah yang segar

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain. Barulah boleh tambah darah!

2. BROKOLI


Kalau rasa brokoli tak sedap, tutup mata dan telan sahaja

Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan. Walaupun rasanya tidak sedap, pejam sahaja mata. Bukannya apa, untuk tambah darah juga bukan?

3. PISANG


Pisang amat baik untuk kesihatan

Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.

4. KEKACANG


Sedapnya rempeyek!

Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia dan bagus untuk tambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.

5. HATI


Terliur tengok hati ayam masak rendang!

Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.

6. BAYAM


Pilih bayam yang segar

Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.

7. KERANG


Boleh buat kerang bakar atau kerang rebus

Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.

8. TELUR


Beli telur yang berkualiti, mahal sedikit tidak mengapa

Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Bagus untuk tambah darah.

9. OAT


Ada yang tekak tidak boleh masuk oat?

Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat. Walaupun tidak sesuai dengan tekak kita, cubalah telan sedikit untuk kebaikan kita sendiri. Mahu tambah darah kan? Kenalah makan sesuatu!

 10. BUAH DELIMA


Susah nak cari buah delima?. Minta tolong suami carikan.

Makanan tambah darah yang seterusnya ialah buah delima. Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

11. MADU


Pastikan madu yang asli

Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan. Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, bukan yang tiruan dan diletakkan gula.

12. KURMA


Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja

Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.

13. KISMIS


Kismis sesuai dimakan semasa buat kerja di pejabat

Untuk tambah darah, sambil-sambil duduk berehat, boleh kunyah buah kismis. Untuk pengetahuan, buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.

ELAKKAN KAFEIN


Menjaga jumlah haemoglobin dalam darah sangat penting kerana ia melibatkan janin yang dikandung. Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Di samping itu, hindarilah makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi. Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium sebelum tidur agar dapat tambah darah.

MAKAN ZAT TAMBAHAN

Ibu hamil yang mengalami anemia biasanya akan diberi pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik semasa pemeriksaan antenatal untuk tambah darah. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan ini berserta vitamin C agar lebih mudah diserap. Contohnya makan pil zat besi bersama dengan air jus buah-buahan. Elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas makan ubat atau ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

HARAPAN BUNDA


Semoga ibu hamil dapat menjaga diri dan kandungan agar terhindar dari gejala anemia. Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang. Rujuklah kepada pakar sekiranya berasa letih dan tidak bermaya. Dengarlah nasihat doktor dan misi di klinik kesihatan dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini. Yang penting, elakkan makanan yang dilarang semasa mengandung.

Makan ubat yang diberi mengikut jadual serta boleh mencuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah disenaraikan. Fikirkan tentang kesihatan anda dan bayi anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Semoga berjaya



Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamil.wasap.my @ www.ihamilpremium.com

Monday, January 29, 2018

DISMENORHEA - PERIOD RASA SAKIT YANG TERUK & RASA KEJANG ! INI ANTARA 4 JENIS GANGUAN HAID



1. AMENOREA
💥Keadaan di mana period berhenti pada masa haid teratur. Terdapat dua kategori gangguan amenorea iaitu Amenorea primer di mana seseorang wanita yang belum pernah mengalami period sedangkan sudah mencecah usia akil baligh. Amenorea sukender di mana terjadi ketika haid yang terhenti secara tiba-tiba selama empat bulan atau lebih atau perlahan-lahan menjadi jarang dan langsung berhenti.

2. DISMENORHEA
💥Di mana period yang disertai rasa sakit yang teruk dan rasa kejang. Terdapat dua kategori iaitu dismenorhea primer dan sekunder. Lebih kurang 50% wanita mengalaminya dan 15% mengalami rasa sakit yang teruk. Kebiasaannya keadaan ini akan berubah selepas berkahwin kerana terdapat perubahan kedudukan rahim semasa kelahiran anak. Hormon tubuh juga akan lebih stabil.

3. MENORAGIA
💥Dimana berlaku pendarahan yang berlebihan dan lama ketika period teratur.

4. METRORAGIA
💥Di mana pendarahan yang terjadi antara dua kitaran period dan jumlahnya mungkin sedikit atau banyak.

Anda yang mana? 
1? 2? 3? 4?


DAH TRY SUSU KAMBING MYMILA DAN IHAMIL PREMIUM ?
JOM KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BERSEMBANG TERUS DENGAN PAKAR KAMI

PAKAR SUSU KAMBING MYMILA


PAKAR IHAMIL PREMIUM



5 BAHAYANYA AIR KETUBAN KEKURANGAN TIKA MENGANDUNG. NO.5 NAUZUBILLAH...MINTA DIJAUHKAN..



1. LEMAS

Keadaan ini boleh berlaku akibat ganguan aliran darah dan oksigen yang disalurkan daripada ibu kepada kandungan.

Menurut sumber ini, sindrom aspirasi meconium di mana kandungan air ketuban yang sedikit menyebabkan najis janin tidak cair lalu berisiko memasuki ruang pernafasannya.

Sebab itulah pentingnya anda ‘menyerah diri ‘ ke hospital jika telah terlalu lama melewati tarikh jangkaan bersalin yang ditetapkan oleh doktor.

2. MASALAH PERKEMBANGAN BAYI

Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru atau kecacatan anggota.

Selain itu, ia menyebabkan kedudukan janin yang tidak normal dalam rahim lalu mengurangkan potensi untuk bersalin secara normal.

Maka, ibu terpaksa menjalani prosedur pembedahan Caesarean demi menyelamatkan kandungan dan juga dirinya.

3. JANGKITAN KUMAN

Sekiranya air ketuban pecah melebihi 24 jam, kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin melalui faraj.

Kesannya, ia boleh mengakibatkan pneumonia. Ia bukan saja membahayakan bayi, tetapi juga ibu apabila kuman memasuki aliran darah janin dan ibu (sepsis).

4. KELAHIRAN PRAMATANG

Apabila air ketuban terlalu sedikit, pertumbuhan dan perkembangan janin boleh terjejas. Oleh itu, ada masanya bayi terpaksa dilahirkan sebelum cukup 40 minggu dalam kandungan.

Kelahiran pramatang ini mendedahkan bayi kepada komplikasi umum seperti kesukaran pernafasan, masalah usus, atau jangkitan.

5. KEGUGURAN

Jika terjadi pada trimester pertama, ia dikhuatiri dapat menyebabkan keguguran.

Jika doktor dapat mengesan kekurangan air ketuban sejak awal, anda akan dipantau dengan lebih kerap sehingga usia kehamilan telah cukup untuk melahirkan.


Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU


IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamil.wasap.my


BILA NAK MULA OVULATION TEST (OPK) ? IKUT MASA SENDIRI ? ATAU BERKALA? JOM BACA



1) Pertama sekali, anda perlu tentukan kitaran haid anda iaitu bilangan hari dari hari pertama haid sebelum ini dengan hari pertama haid yang terkini.

2) Sila rujuk carta di bawah bagi menentukan bilakah hari yang sesuai untuk gunakan ovulation test berdasarkan kitaran haid anda.

Sebagai Contoh :
Jika kitaran haid anda 28 hari, maka boleh mula menggunakan ujian pada hari ke 11 dari hari pertama keluarnya darah.

INGAT!!!:bangbang:
Hari yang dicadangkan di bawah dikira dari hari pertama haid yang banyak dan bukan tompok-tompok atau coklat-coklat dan juga BUKAN dikira dari hari habis haid.

Tempoh kitaran haid. Mula gunakan strip pada :

21 hari > Hari ke 6
22 hari > Hari ke 6
23 hari > Hari ke 7
24 hari > Hari ke 7
25 hari > Hari ke 8
26 hari > Hari ke 9
27 hari > Hari ke 10
28 hari > Hari ke 11
29 hari > Hari ke 12
30 hari > Hari ke 13
31 hari > Hari ke 14
32 hari > Hari ke 15
33 hari > Hari ke 16
34 hari > Hari ke 17
35 hari > Hari ke 18
36 hari > Hari ke 19
37 hari > Hari ke 20
38 hari > Hari ke 21
39 hari > Hari ke 22
40 hari > Hari ke 23
41 hari > Hari ke 24
42 hari > Hari ke 25


3) Jika cycle anda 28 hari, bagi yang merancang untuk dapat anak, anda boleh mula lakukan ujian pada hari ke 11 dari hari pertama period dan teruskan ujian sehingga hari dimana anda dapat double line yang jelas dan sangat terang dan bukan kabur-kabur, jika result positif (double line yang terang dan jelas) bermakna anda dijangka akan ovulasi tak lama lagi dan anda bolehlah bersama dengan pasangan dalam tempoh 24 jam – 48 jam dari waktu anda dapat result opk positif yang pertama. Tetapi tidak melebihi 48 jam supaya peluang hamil adalah tinggi jika bersama pada waktu tersebut.

4) Bagi yang ingin mengawal kehamilan secara semulajadi, anda dilarang bersama dengan pasangan jika result positif kerana pada waktu itu anda dijangkakan subur (1-3 hari).

5) Bagi mereka yang tidak tahu bilangan kitaran haid atau kitaran haid yang tidak menentu, anda boleh mula ujian pada hari ke 11 dari hari pertama haid (jika kitaran lebih kurang 28 hari). Boleh teruskan ujian sehingga Ovulation test menjadi positif.

Jika kitaran haid anda sangat tidak normal seperti kadang-kadang datang tiap-tiap bulan dan kadang-kadang 2 bulan sekali baru datang anda perlu refer kepada kitaran haid yang paling pendek dalam tempoh 6 cycle.

Pastikan anda rekod tarikh-tarikh period sekurang-kurangnya 6 cycle yang lepas.

Jika anda musykil bila nak mulakan ujian opk dan segan nak bertanya, adalah sebaik-baiknya mulakan ujian sebaik habis haid. Mula awal adalah lagi baik supaya tak terlepas jumpa OPK positif. Pastikan stok OPK dah ready sebelum anda habis haid.

6) Jika result hari ini negatif = kabur-kabur = samar-samar, sila ulangi test setiap hari pada waktu yang sama sehingga dapat double line yang jelas dan terang. Jika harini anda mulakan ujian pada jam 5 petang, maka pada keesokannya juga anda perlu test pada 5 petang juga supaya perbandingan keputusan boleh dibuat. Anda juga boleh lakukan ujian OPK 2 kali jika first cycle tidak jumpa positif OPK setelah semua syarat OPK telah diikuti.

7) Waktu yang sesuai menggunakan OPK adalah dari 10 pagi hingga 8 malan (kontra dengan HCG/UPT).

Jangan gunakan sample urine pada awal pagi:bangbang:

DICADANGKAN SUPAYA BUAT OPK PADA WAKTU PETANG ANTARA JAM 4-7 KERANA PADA WAKTU ITU KITA KURANG MAKAN DAN MINUM, JADI URINE ADALAH PEKAT ATAU ANDA BOLEH BUAT OPK PADA WAKTU YANG ANDA RASA KURANG MAKAN DAN MINUM DARI JAM 10 PAGI HINGGA 8 MALAM.

8) SILA KURANGKAN PENGAMBILAN AIR SELAMA 2 JAM SEBELUM TEST, LAGI LAMA LAGI BAGUS AGAR URINE PEKAT DAN SENANG NAK DETECT DAN KURANGKAN BUANG AIR SEBELUM TEST.






Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamil.wasap.my

BAGAIMANA SUSU KAMBING PREMIUM KELUARAN MYMILA DAPAT BANTU ANDA HAMIL ? FORMULA DAN KHIDMAT NASIHAT DARI "POWER TEAM"


Apa iHamil ni?

Ramai tertanya2..hehe walaupun iHamil produk baru Mymila..
Alhamdulillah dapat sambutan luar biasa bila customer yang cuba pasti REPEAT ORDER

KENAPA RAMAI REPEAT ORDER?

Sebab, terlalu banyak kesan POSITIF yang mereka dapat...

:hibiscus:💁 Period Lancar
:hibiscus:💁 Senggugut dah tak menyerang
:hibiscus:💁 Keputihan makin berkurang
:hibiscus:💁 Mudah jumpa hari subur
:hibiscus:💁 Badan rasa bertenaga
:hibiscus:💁 Dah tak sakit bila bersama suami
:hibiscus:💁 Muka n kulit makin glowing
:hibiscus:💁 Lawas buang air besar
:hibiscus:💁 Rawat masalah kulit
:hibiscus:💁 Stabilkan hormon lelaki/wanita
:hibiscus:💁 Penyakit serius seperti cyst,endo,fibroid makin mengecut
:hibiscus:💁 Ramai mula bagi UPT double Line POSITIF HAMIL

Tunggu apa lagi? Usaha sekarang untuk hasilnya bulan hadapan.

#ihamilmymila #ihamil2018


LAYARI www.ihamilpremium.com

atau

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamil.wasap.my

Nota kepada yang INGIN HAMIL. KEPENTINGAN ASID FOLIK SEBELUM DAN SEMASA HAMIL



Apa itu ASID FOLIK?
# Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita
sebagai persediaan untuk mengandung.
# Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih
sempurna pada peringkat awal mengandung.
..
Mengapa ia PENTING?
1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect )
seperti: >>Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal
bifida)
>> Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan
tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung
tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele ).
.
2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
.
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
.
-Sumbing lelangit (cleft palate )
-Kecacatan pada jantung ( congenital heart disease )
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama ( limb reduction )
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing ( urinary system )
.
4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
.
Bila ASID FOLIK perlu diambil?
.
-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
.
SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
.
-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk hamil
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki
.
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
.
-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain.
.
Share kpd yang ingin HAMIL sbagai panduan..
.


Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamil.wasap.my

Friday, January 26, 2018

5 RISIKO MENGANDUNG SELEPAS USIA 35 TAHUN. TAPI ADA KELEBIHAN JUGA



“Alhamdulillah, dah dapat siapkan Master, PhD & kerjaya pun dah stabil. Tapi stres juga kalau orang asyik tanya bila nak dapat anak.”



Kini, trend berkahwin lewat bukanlah sesuatu yang pelik. Disebabkan ekonomi yang mendesak, makin ramai wanita yang mahu fokus kepada kerjaya & terpaksa melalui kehamilan pada usia yang lebih lewat.

Seringkali kita dengar orang cakap memang bahaya kalau mengandung lewat sangat. Tapi, risiko yang bagaimana sebenarnya bakal dihadapi:question:

Menurut kajian dan bukti terkini, berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita, seperti yang didedahkan dalam artikel Medical News Today.

1. MASALAH KESUBURAN



Pertama sekali, usia yang semakin lanjut kerapkali dikaitkan tahap kesuburan lelaki & wanita yang kian merudum.

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan melalui The New England Journal of Medicine, 74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun & ke bawah boleh mengandung dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31-34 tahun. Malah, apabila mencecah 35 tahun & ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.

2. MASALAH KESIHATAN BAYI



Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur & sperma yang dihasilkan oleh pasangan juga menyumbang kepada risiko keguguran bayi.

Penelitian menunjukkan keguguran bayi meningkat selari dengan usia kehamilan, di mana bayi juga berisiko mengalami kurang berat badan, kelahiran pramatang & meninggal dunia dalam kandungan.

3. KOMPLIKASI BERSALIN



Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal & memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep atau pembedahan Caesarean.

Dalam penyelidikan di King’s College London, keputusan mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin & secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat berkontraksi dengan efektif. Sementara itu, perubahan pada hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.

4. MASALAH KESIHATAN IBU



Apabila meningkat usia, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan tertentu seperti masalah darah tinggi, diabetes, tinggi kolesterol & sebagainya.

Disebabkan penyakit & kondisi inilah, wanita disarankan agar tidak melewat-lewatkan kehamilan mereka tanpa sebab. Ini kerana, kondisi tersebut mampu menjejaskan kesihatan kandungan & memburukkan keadaan kesihatan ibu.

5. RISIKO BAYI SYNDROME DOWN


Sesetengah risiko penyakit genetik seperti Sindrom Down didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia. Data menunjukkan kebarangkaliannya adalah

👉 1 dalam 1064 pada usia 25 tahun
👉 1 dalam 686 pada usia 30 tahun
👉 1 dalam 240 pada usia 35 tahun
👉 1 dalam 53 pada usia 40 tahun
👉 1 dalam 19 pada usia 45 tahun

Salah satu faktor yang menjadi sandaran pakar buat masa ini adalah apabila ibu semakin berusia, proses rekombinasi yang kurang terkawal hingga menyebabkan kecelaruan pada susunan kromosom & bilangan sel yang abnormal.

💁 TAPI, MENGANDUNG LEWAT USIA ADA JUGA KELEBIHANNYA....

Walaubagaimanapun, ibu janganlah terlalu risau kerana perkhidmatan kesihatan di Malaysia & teknologi masa kini mampu membantu ibu-ibu mendapat rawatan awal daripada doktor.

Banyak kajian yang turut mengambil kira kesan positif daripada perkahwinan & kehamilan melebihi 35 tahun. Antaranya termasuklah :

1) IA MENINGKATKAN KECERDASAN IBU



Penemuan terkini mendapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang buat otak wanita. Secara spesifiknya, estrogen meningkatkan fungsi & struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.

2) IBU BERSIKAP LEBIH MATANG



Pada usia yang sebegini, wanita biasanya lebih realistik & bersedia untuk menjaga anak. Mereka juga lebih ‘alert’ terhadap kesihatan harian keluarga & diri sendiri, serta mampu menguruskan stres dengan lebih baik.

3) EKONOMI LEBIH KUKUH



Dari segi ekonomi juga, sesebuah keluarga biasanya lebih bersedia & telah mencapai kestabilan dalam memasti
 kan arah tujuan anak-anak lebih terjamin.


Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang & Tuhan juga yang menentukan. Oleh itu, kita harus tetap bersyukur seandainya dikurniakan rezeki zuriat walaupun pada usia kehamilan yang lewat. Namun, pastikan kita mendapat pemantauan daripada doktor secepat mungkin agar sebarang masalah dapat dikenalpasti & diselia dengan sebaiknya.


Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN
SILA KLIK 👉 http://ihamil.wasap.my