Lapisan Dalam ;
Pureen = Lembut kapas
Drypers = Biasa dan tidak kasar
Tesco Sederhana = Biasa dan tidak kasar
Mami Poko = Paling lembut
Huggies = Biasa dan tidak kasar
Tesco Murah = Seperti kertas
Whoopee = Biasa dan tidak kasar
Lapisan Luar ;
Pureen = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Drypers = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara.
Tesco Sederhana = Nipis
Mami Poko = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Huggies = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Tesco Murah = Tahan bocor, material plastik yang tidak mengalirkan udara.
Whoopee = Separa tebal
Harga ;
Pureen = Sederhana
Drypers = Sederhana
Tesco Sederhana = Murah [45sen sekeping]
Mami Poko = Mahal [70sen sekeping]
Huggies = Sederhana
Tesco Murah = Sangat murah [31sen sekeping]
Pet Pet = Sederhana
Aku pernah guna semua brand ni. Termasuk 2 lagi yang aku takde sample iaitu Pet Pet dan Diapex. Aku beli setiap jenis ni hanya untuk buat perbandingan ni. Beli pek kecik je la. Korang dah baca kan setiap perbandingan yang aku buat ni, harap membantu korang untuk buat pilihan.
Lampin Pakai Buang Diapex
Aku pakaikan Luth dengan Diapex sebab nak jimat diaper sejak kulit Luth melecet bila aku tersilap pakaikan dia dengan 'nappy liner' masa dia kena cirit birit. Sebab mami poko mahal, kalau sehari sampai kena pakai 7 keping, aku rasa aku boleh demam kura-kura kalo tiap2 hari macam tu. Huhu. Diapex pun boleh tahan juga harga dia kalau takde promosi. Aku beli ari tu pun sebab ada promosi, 2 pek Diapex Premium [44 keping] = RM50. Maknanya sekeping jadi RM0.56. Diapex Premium ni adalah untuk night use. Saiz M dia lebar dan panjang, macam saiz L dah. Lagi besar daripada saiz M Mami Poko. Jadi, oleh sebab dia besar dan panjang, maka ruang untuk kulit bernafas lebih luas.
Lampin Pakai Buang Pet Pet
Untuk Luth, masa dia new born dulu, aku belikan Pet Pet. Agak sesuai pakai Pet Pet masa tu sebab harga mampu beli dan Pet Pet ni bagus. Bayi ni masa dia masih dalam pantang, dia asyik berak je. Perut dia kan kecik. Lepas menyusu je berak, lepas menyusu berak. Memang waktu ni banyak diaper/lampin pakai buang yang diperlukan. So, kalo waktu ni beli Mami Poko, memang jatuh muflis la bapak dia. Lepas tu, najis bayi yang dalam hari ni, sangat la cair bersembur. Hehehe. Lampin Pet Pet ni dia lebar dan panjang. So, memang selamat daripada bocor kat tepi.
Lampin Pakai Buang Huggies
Dalam pantang juga, aku pakaikan Luth dengan Huggies Dry Comfort yang warna biru[org hadiahkan]. Tapi Aku rasa yang New Born dengan yang bersaiz S berbeza la. Yang new born punya materialnya lembut dan berjalur. Lampin Huggies ni ada banyak jenis. Yang aku buat perbandingan kat sini ialah jenis yang paling murah. Ada lagi yang lebih mahal mungkin juga lagi bagus daripada Huggies Dry Comfort ni. Yang aku kurang suka dengan Huggies ni ialah kelebarannya yang kecil. Dulu masa pakai Huggies, kalo Luth tido mengiring dan dia berak, memang tima kasih je la bocor. Habis seluar. Kadang-kadang bocor kat belakang pinggang sebab bahagian kapas yang menyerap kotoran tu tak sampai ke pinggang. Hanya betul2 kat belahan bontot je. Huhu.
Lampin Pakai Buang Drypers
Drypers agak kecil berbanding Pet-Pet. Saiznya hampir sama dengan Huggies [yang sama saiz la]. Kalau Luth pakai Drypers, kat peha berbekas getah dia tu. Lagi satu masalah Drypers ni pon sama macam Huggies. Kapas kat belakang tu hanya separuh. Tak sampai ke pinggang. Tapi masih okay juga Drypers ni. Mampu milik dah penyerapan dia bagus. Tapi kulit Luth tetap ada basah2 kalo aku tukar 4 jam sekali.
Lampin Pakai Buang Mami Poko
Aku bertukar kepada Mami Poko selepas habis berpantang. Waktu ni Luth dah kurang membuang air besau. Walaupun kalau dengar nama Mami Poko tu rasa macam "mahalnya", tapi kalo sehari hanya guna 2 keping, jimat la juga aku rasa. Mami Poko ni yang bagusnya, lebarnya yang lebar dan panjangnya yang sampai ke pinggang [maksud aku kapas yang boleh menyerap tu sampai ke pinggang]. Lepas tu permukaan dalam tu memang sangat lembut pada kulit bayi dan aku yakin Luth selesa dengan Mami Poko. Paling lama aku pernah tak tukarkan diaper/lampin Mami Poko ni ialah 14 jam. Boleh imagine tak 14 jam tak tukar diaper yang memang dah berat sangat dah. Tapi yang menakjubkan ialah kulit Luth yang kat dalam tu langsung tak basah. Masih kering. Hebat kan? So, walaupun Mami Poko ni sekeping 70sen [beli kat 99 SpeedMart la murah ni], tapi kalo sehari aku cuma gunakan 2 keping je, tak ke jimat jugak namanya tu? Berbanding kalo aku guna jenama yang sekeping 60sen, kena guna 4 keping lagi rugi aku rasa. 2 keping tu kalo dia tak berak la. Sekarang memang sehari guna 3 keping je sebab Luth dah kembali berak sekali sehari.
Lampin Pakai Buang Whoopee
Yang ini korang pon tengok kan pada ujikaji aku kat atas tu. Memang basah lencun. Huhu. Harga pon tak la murah sangat. Tahap sederhana yang dah nak ke mahal pon.
Lampin Pakai Buang Pureen
Aku tak tau harga diaper Pureen ni. Sebab dapat sample. Tapi bagi aku, aku agak puas hati pakai lampin pakai buang Pureen ni. Sebab sama macam Pet Pet dan Mami Poko, diaper Pureen ni lebar dan kapasnya panjang ke pinggang.
Lampin Pakai Buang Tesco
Yang murah tu memang basah lencun. Yang sederhana tu pulak masih boleh tahan. Actually, agak boleh tahan. Korang pon boleh tengok hasil penyerapan dia kan? Paling kering berbanding jenama hebat seperti Mami Poko walaupon dah 800ml air aku tuang atasnya. Tapi memandangkan saiznya pun sama macam Drypers dan Huggies, walaupun ia hebat menyerap tapi ruang yang sempit di dalam diaper tu menyebabkan kulit susah juga nak bernafas. Kulit tetap berpeluh.
Kalo diikutkan, aku nak test banyak brand lagi seperti Pampers, Hey Baby, Diapex dan lain-lain. Tapi tak jumpa dgn pek kecik. [Pampers lagi la payah nak jumpa. Dah pupus kot jenama Pampers ni.] Takkan la aku nak beli hok besor jugok semata-mata nak buat test ni. Aku pon cerdik jugak matematik. Kehkeh. Kalau sesiapa ada maklumat tambahan boleh komen. Boleh membantu yang memerlukan ye tak?
Kesimpulan:
Kalau suruh aku buat kesimpulan, aku akan pilih yang pertama ialah Mami Poko, kedua Diapex, ketiga Pet Pet dan keempat Pureen. Aku memang dok citer pasal saiz yang besar dan kecik, nampak macam tak adil je ujian ni bila aku gunakan saiz M untuk Mami Poko dan Pureen tapi yang lain aku guna saiz S. Tapi hakikatnya Mami Poko saiz S dan Pureen saiz S serta Pet Pet saiz S memang lebih besar daripada semua brand lain bersaiz S yang aku bandingkan kat atas ni. Aku tak tipu punya. Bukan sesaje nak buat cerita berat sebelah ke apa. Aku langsung tak dapat bayaran pun di atas entry ni. Cuma aku betul-betul nak berkongsi maklumat je dengan penggelintar-penggelintar internet sekelian. Fuh ayat aku. Memang buku.
Macamana? Dapat idea tak nak beli dan gunakan yang mana untuk anak korang? [Soalan ni aku tujukan hanya untuk yang belum decide]. Akhir sekali, semuanya bergantung kepada jenis kulit anak-anak juga. Ada yang alahan. So, harap entry ini akan membantu. Kupai.
Sumber: blogers.
Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...
ATAU
IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih
PANTAS MENYUBURKAN
SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com
No comments:
Post a Comment