Pasti ramai pasangan suami isteri yang impikan keseronokan untuk hamil dan memiliki anak kembar. Namun, masih ramai yang tidak tahu cara merancang serta mencuba rezeki untuk memilikinya.
- Jika pasangan suami isteri mahukan anak kembar menggunakan cara dan perancangan yang rapi, pasti akan berhasil dan menjadi.
- Doktor pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat telah kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan di akaun Facebook miliknya.
- Baca perkongsian penuh beliau di bawah :
- BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
SERONOK DAPAT ANAK KEMBARTahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri. -
- Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
- Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar
- 1. Orang Asia 1-2%
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 - 2 % sahaja.
2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Ke Atas
Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas. - Pemakanan, supplements tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan
- 4. Amalkan supplement Vitamins dan Folic Asid
Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6. Makan Keladi Dan Ubi
Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 - 10 %. Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI Dan IVF
Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar. -
Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar! - KREDIT : http://says.com
- Dr.Hamid Arshat
Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...ATAUIHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com-
No comments:
Post a Comment