Bagaimana meneran dengan betul?
.
1. Jangan panik!
Pertama sekali kita perlu pandai mengawal keadaan, iaitu bertenang bila sakit kontraksi berlaku. Cara mudah untuk mengawal rasa sakit kontraksi ialah tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan lahan melalui mulut. ulang setiap kali kontraksi. Jika kontraksi makin kerap tarik nafas laju-laju dan hembus (sedut melalui mulut dan lepas melalui mulut juga!)
.
2. Jangan menangis!
Menangis ketika proses meneran adalah perkara sia-sia, di mana akan membuatkan emosi kita makin terganggu dan menambah kesulitan kepada bayi apabila ibu berada dalam keadaan stress. Tabahlah wahai wanita, sesungguhnya kita dilahirkan ke muka bumi ini sebagai wanita yang kuat. sesungguhnya kesakitan yang kita hadapi adalah bersesuaian dengan tahap ketahanan diri kita.
.
3. Jangan Menjerit
Ramai yang menjerit ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran. Sebenarnya salah sama sekali, dimana apabila menjerit kita telah menggunakan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk meneran. Proses meneran dengan betul adalah tanpa bersuara.
.
4. Jangan angkat Bontot
Kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin membuatkan kita hilang kawalan dan tanpa sedar dalam proses meneran kita mengangkat bontot. Perkara ini akan membuatkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium.
.
5. Jangan pejam mata
kita menggunakan tenaga yang banyak dan sekuatnya untuk meneran mengeluarkan seorang bayi. Jadi jika kita pejam mata dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh mata akan pecah.
.
.
========
Cara Meneran Dengan Betul
========
.
1. Angkat kepala dan dagu cecah dada.
.
2. Mata pandang perut, mesti buka mata ya.
.
3. Kedua-dua belah Tangan pegang kaki (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
.
4. Teran tanpa suara dan mulut tertutup.
.
5. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sembelit teruk, jangan hembus nafas, teran sekuat yang terdaya selama yang boleh. Curi nafas kita nafas sudah habis jangan hembus semua ya.
6. Baca bismilah, selawat dan Doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) bagi yang beragama islam. Saya percaya bagi yang Non-muslim ada doa tersendiri.
.
.
7. Tips tambahan:
kongsi la tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita akan terlupa dan lost control menahan sakit. Bila suami dah tahu senang la dia memberi panduan kan (Alangkah indah bila suami dapat meneman dan melihat sendiri bagaimana isteri bertarung nyawa untuk melahirkan seorang zuriatnya)
💓💓💓
Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...
ATAU
IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih
PANTAS MENYUBURKAN
SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com
No comments:
Post a Comment