Friday, March 16, 2018

7 Warna Darah Haid Yang Menerangkan Tahap Kesihatan Anda



Kanak-kanak perempuan akan mula mengalami haid semasa berumur 8-16 tahun. Purata umur seorang kanak-kanak perempuan mengalami haid adalah pada umur 12 tahun.

Situasi yang paling mencabar dilalui oleh wanita pada setiap bulan adalah apabila datangnya haid. Bukan saja berasa tidak selesa dan segala aktiviti terbatas, ada juga wanita yang mengalami alahan teruk semasa datang bulan. Namun, ada juga sebahagian wanita yang tidak mempunyai masalah apabila datangnya haid.

Sebagai seorang wanita adalah penting untuk mengetahui jenis warna darah haid yang dialami pada setiap bulan kerana ia menentukan tahap kesihatan yang dihadapi.

Sebenanrnya, warna darah haid mempunyai maksud yang tersendiri. Rupa-rupanya, setiap warna yang berbeza menerangkan apa yang kurang dan apa yang terlebih dalam badan kita.

Nak tahu apa maksud disebalik warna darah haid kita? Jom kita tengok 7 warna yang berbeza ini:

#1. Merah jambu



Warna darah berwarna merah jambu mungkin menandakan tahap estrogen yang rendah. Jika anda seorang yang gemar bersenam, ia akan menjejaskan peredaran haid anda.

Kajian membuktikan bahawa terlebih bersenam, terutamanya berlari, boleh menyebabkan tahap estrogen menurun. Jangan ambil mudah kerana, tahap estrogen yang rendah boleh menyebabkan anda mengalami osteoporosis jika tidak dirawat dengan segera.

#2. Merah cair



Warna darah haid yang cair bermaksud anda kekurangan nutrisi. Kajian dari Mount Sinai School of Medicine di New York mengatakan bahawa jika darah haid adalah cair dan seperti cecair, ini bermakna anda tergolong dalam kalangan orang yang boleh mendapat penyakit anemia atau kekurangan zat besi.

Jika semakin hari semakin cair darah haid tersebut dan keadaan berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

#3. Coklat tua



Jika kadar progesteron dalam rahim rendah, maka darah haid akan menjadi warna coklat. Ini kerana darah memerlukan waktu yang lebih lama untuk keluar daripada tubuh.

Tidak perlu risau, kerana hal ini adalah biasa dialami oleh kebanyakan wanita. Umumnya, jika kitaran haid anda tidak teratur, warna haid coklat tua ini memang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Untuk meningkatkan kadar progesteron, makan makanan yang kaya vitamin B dan juga telur.

#4. Merah gelap atau pekat



Jika darah haid berwarna merah pekat dan memliki tekstur seperti jem strawberi, anda mungkin mempunyai tahap progesterone yang rendah dan tahap estrogen yang tinggi.

Jika ketulan darah agak besar daripada biasa, ini bermakna anda mengalami tahap ketidakseimbangan hormon yang tinggi. Jadi, anda disarankan untuk mengurangkan kadar pengambilan produk tenusu, kacang dan makanan manis untuk tengok perbezaannya. Rujuk pada doktor dan jangan sampai berlakunya ‘uterine fabroids’.

#5. Campuran merah dan kelabu



Jika darah haid anda berwarna merah bercampur kelabu, anda perlu mendapatkan rawatan doktor. Terdapat dua kemungkinan, jika anda tidak hamil, anda mungkin telah terjebak dengan apa yang dipanggil STD iaitu ‘sexually transmitted infection’. Ini bermaksud anda mungkin berjangkit dengan kuman tanpa disedari dan begitu juga pasangan anda. Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut.

#6. Merah terang



Warna darah haid berwarna merah terang atau seperti warna buah cranberry adalah normal. Ini bermaksud anda memiliki kitaran haid yang sihat dan teratur.

Semua organ bekerja dengan baik, hormon esterogen dan progesteron juga seimbang. Biasanya warna ini biasa terlihat setelah dua hari pertama datang bulan.

Selepas itu, warna darah haid akan semakin cerah dan memiliki tekstur yang licin seperti agar-agar. Maksudnya, darah kotor anda bercampur dengan lendir serviks dan anda dalam keadaan sihat.

#7. Merah jingga



Jika darah haid berwarna seakan-akan merah jingga dan berbau kuat, mungkin kerana terdapat jangkitan faraj yang merubah warna darah haid tersebut. Terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti ini.

Apapun setiap masalah kesihatan yang anda alami, sebaiknya segera berjumpa dengan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda tidak sihat. Tidak perlu malu untuk berjumpa dengan doktor pakar.



Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com

No comments:

Post a Comment