Friday, March 30, 2018

Review - Lampin Pakai Buang ( Pampers ) Sebagai Panduan. Apa-apa Pun Kena Cuba. Jom Baca Perkongsian Ini..



Lapisan Dalam ;

Pureen = Lembut kapas
Drypers = Biasa dan tidak kasar
Tesco Sederhana = Biasa dan tidak kasar
Mami Poko = Paling lembut
Huggies = Biasa dan tidak kasar
Tesco Murah = Seperti kertas
Whoopee = Biasa dan tidak kasar

 Lapisan Luar ;

Pureen = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Drypers = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara.
Tesco Sederhana = Nipis
Mami Poko = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Huggies = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Tesco Murah = Tahan bocor, material plastik yang tidak mengalirkan udara.
Whoopee = Separa tebal

Harga ;

Pureen = Sederhana
Drypers = Sederhana
Tesco Sederhana = Murah [45sen sekeping]
Mami Poko = Mahal [70sen sekeping]
Huggies = Sederhana
Tesco Murah = Sangat murah [31sen sekeping]
Pet Pet = Sederhana

Aku pernah guna semua brand ni. Termasuk 2 lagi yang aku takde sample iaitu Pet Pet dan Diapex. Aku beli setiap jenis ni hanya untuk buat perbandingan ni. Beli pek kecik je la. Korang dah baca kan setiap perbandingan yang aku buat ni, harap membantu korang untuk buat pilihan.

Lampin Pakai Buang Diapex
Aku pakaikan Luth dengan Diapex sebab nak jimat diaper sejak kulit Luth melecet bila aku tersilap pakaikan dia dengan 'nappy liner' masa dia kena cirit birit. Sebab mami poko mahal, kalau sehari sampai kena pakai 7 keping, aku rasa aku boleh demam kura-kura kalo tiap2 hari macam tu. Huhu. Diapex pun boleh tahan juga harga dia kalau takde promosi. Aku beli ari tu pun sebab ada promosi, 2 pek Diapex Premium [44 keping] = RM50. Maknanya sekeping jadi RM0.56. Diapex Premium ni adalah untuk night use. Saiz M dia lebar dan panjang, macam saiz L dah. Lagi besar daripada saiz M Mami Poko. Jadi, oleh sebab dia besar dan panjang, maka ruang untuk kulit bernafas lebih luas.

Lampin Pakai Buang Pet Pet
Untuk Luth, masa dia new born dulu, aku belikan Pet Pet. Agak sesuai pakai Pet Pet masa tu sebab harga mampu beli dan Pet Pet ni bagus. Bayi ni masa dia masih dalam pantang, dia asyik berak je. Perut dia kan kecik. Lepas menyusu je berak, lepas menyusu berak. Memang waktu ni banyak diaper/lampin pakai buang yang diperlukan. So, kalo waktu ni beli Mami Poko, memang jatuh muflis la bapak dia. Lepas tu, najis bayi yang dalam hari ni, sangat la cair bersembur. Hehehe. Lampin Pet Pet ni dia lebar dan panjang. So, memang selamat daripada bocor kat tepi.

Lampin Pakai Buang Huggies
Dalam pantang juga, aku pakaikan Luth dengan Huggies Dry Comfort yang warna biru[org hadiahkan]. Tapi Aku rasa yang New Born dengan yang bersaiz S berbeza la. Yang new born punya materialnya lembut dan berjalur. Lampin Huggies ni ada banyak jenis. Yang aku buat perbandingan kat sini ialah jenis yang paling murah. Ada lagi yang lebih mahal mungkin juga lagi bagus daripada Huggies Dry Comfort ni. Yang aku kurang suka dengan Huggies ni ialah kelebarannya yang kecil. Dulu masa pakai Huggies, kalo Luth tido mengiring dan dia berak, memang tima kasih je la bocor. Habis seluar. Kadang-kadang bocor kat belakang pinggang sebab bahagian kapas yang menyerap kotoran tu tak sampai ke pinggang. Hanya betul2 kat belahan bontot je. Huhu.

Lampin Pakai Buang Drypers
Drypers agak kecil berbanding Pet-Pet. Saiznya hampir sama dengan Huggies [yang sama saiz la]. Kalau Luth pakai Drypers, kat peha berbekas getah dia tu. Lagi satu masalah Drypers ni pon sama macam Huggies. Kapas kat belakang tu hanya separuh. Tak sampai ke pinggang. Tapi masih okay juga Drypers ni. Mampu milik dah penyerapan dia bagus. Tapi kulit Luth tetap ada basah2 kalo aku tukar 4 jam sekali.

Lampin Pakai Buang Mami Poko
Aku bertukar kepada Mami Poko selepas habis berpantang. Waktu ni Luth dah kurang membuang air besau. Walaupun kalau dengar nama Mami Poko tu rasa macam "mahalnya", tapi kalo sehari hanya guna 2 keping, jimat la juga aku rasa. Mami Poko ni yang bagusnya, lebarnya yang lebar dan panjangnya yang sampai ke pinggang [maksud aku kapas yang boleh menyerap tu sampai ke pinggang]. Lepas tu permukaan dalam tu memang sangat lembut pada kulit bayi dan aku yakin Luth selesa dengan Mami Poko. Paling lama aku pernah tak tukarkan diaper/lampin Mami Poko ni ialah 14 jam. Boleh imagine tak 14 jam tak tukar diaper yang memang dah berat sangat dah. Tapi yang menakjubkan ialah kulit Luth yang kat dalam tu langsung tak basah. Masih kering. Hebat kan? So, walaupun Mami Poko ni sekeping 70sen [beli kat 99 SpeedMart la murah ni], tapi kalo sehari aku cuma gunakan 2 keping je, tak ke jimat jugak namanya tu? Berbanding kalo aku guna jenama yang sekeping 60sen, kena guna 4 keping lagi rugi aku rasa. 2 keping tu kalo dia tak berak la. Sekarang memang sehari guna 3 keping je sebab Luth dah kembali berak sekali sehari.

Lampin Pakai Buang Whoopee
Yang ini korang pon tengok kan pada ujikaji aku kat atas tu. Memang basah lencun. Huhu. Harga pon tak la murah sangat. Tahap sederhana yang dah nak ke mahal pon.

Lampin Pakai Buang Pureen
Aku tak tau harga diaper Pureen ni. Sebab dapat sample. Tapi bagi aku, aku agak puas hati pakai lampin pakai buang Pureen ni. Sebab sama macam Pet Pet dan Mami Poko, diaper Pureen ni lebar dan kapasnya panjang ke pinggang.

Lampin Pakai Buang Tesco
Yang murah tu memang basah lencun. Yang sederhana tu pulak masih boleh tahan. Actually, agak boleh tahan. Korang pon boleh tengok hasil penyerapan dia kan? Paling kering berbanding jenama hebat seperti Mami Poko walaupon dah 800ml air aku tuang atasnya. Tapi memandangkan saiznya pun sama macam Drypers dan Huggies, walaupun ia hebat menyerap tapi ruang yang sempit di dalam diaper tu menyebabkan kulit susah juga nak bernafas. Kulit tetap berpeluh.

Kalo diikutkan, aku nak test banyak brand lagi seperti Pampers, Hey Baby, Diapex dan lain-lain. Tapi tak jumpa dgn pek kecik. [Pampers lagi la payah nak jumpa. Dah pupus kot jenama Pampers ni.] Takkan la aku nak beli hok besor jugok semata-mata nak buat test ni. Aku pon cerdik jugak matematik. Kehkeh. Kalau sesiapa ada maklumat tambahan boleh komen. Boleh membantu yang memerlukan ye tak?

Kesimpulan:
Kalau suruh aku buat kesimpulan, aku akan pilih yang pertama ialah Mami Poko, kedua Diapex, ketiga Pet Pet dan keempat Pureen. Aku memang dok citer pasal saiz yang besar dan kecik, nampak macam tak adil je ujian ni bila aku gunakan saiz M untuk Mami Poko dan Pureen tapi yang lain aku guna saiz S. Tapi hakikatnya Mami Poko saiz S dan Pureen saiz S serta Pet Pet saiz S memang lebih besar daripada semua brand lain bersaiz S yang aku bandingkan kat atas ni. Aku tak tipu punya. Bukan sesaje nak buat cerita berat sebelah ke apa. Aku langsung tak dapat bayaran pun di atas entry  ni. Cuma aku betul-betul nak berkongsi maklumat je dengan penggelintar-penggelintar internet sekelian. Fuh ayat aku. Memang buku.

Macamana? Dapat idea tak nak beli dan gunakan yang mana untuk anak korang? [Soalan ni aku tujukan hanya untuk yang belum decide]. Akhir sekali, semuanya bergantung kepada jenis kulit anak-anak juga. Ada yang alahan. So, harap entry ini akan membantu. Kupai.

Sumber: blogers.




Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com

Wednesday, March 28, 2018

Kelebihan & Khasiat Susu Kambing MyMila Yang Perlu Anda TAHU !!!



✅ Susu Kambing antara sumber pemakanan Sunnah .

✅ Susu Kambing merupakan susu yang paling hampir dengan susu ibu (Susu Kambing adalah minuman terbaik di dunia selepas susu ibu) .

✅ Susu Kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam .

✅ Membantu & menguatkan sistem imunisasi tubuh .

✅ Sesuai untuk semua peringkat umur. Dari bayi dalam kandungan sehinggalah kepada warga emas .

✅ Tidak mengandungi protein kompleks yang menyebabkan kesan sampingan seperti alahan .

✅ Meningkatkan daya kepekaan, tumpuan & ingatan terutama kepada golongan kanak-kanak & pelajar.
 
✅ Mengimbangi kadar kolesterol & kandungan gula dalam darah .

✅ Susu kambing bersifat alkali & sangat bagus untuk meneutralkan asid yang berlebihan di dalam perut.

✅ Inulin bagus untuk membantu sistem penghadaman & mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah .

✅ Menguatkan jisim tubuh yang sihat seperti tulang, gigi, otot, sendi, kulit & tisu saraf .

✅ Memulihkan tenaga batin dan awet muda .

✅ Protein yang membantu pertumbuhan sel-sel otot baru & mengurangkan rengsa sakit-sakit sendi .

✅ Membekalkan sumber zat mineral yang diperlukan oleh badan agar badan lebih bertenaga .

✅ Sangat sesuai bagi ibu mengandung bagi menambah nutrisi .

✅ Membantu ibu menyusu bagi menambahkan & memekatkan susu badan 
















Anda sedang cari duit tambahan?
Menjual produk yang testimoni POWER?
Mahu yang senang jual & berkualiti?


JIKA SEMUANYA "YA"...MUNGKIN INILAH PELUANG BISNES YANG BAKAL MERUBAH KEHIDUPAN ANDA. 

Jom Klik link di bawah 👇👇👇 jika nak jadi sebahagian daripada kami 💗
http://www.mymila.com.my/stokis/



Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com

Tuesday, March 27, 2018

Doktor Ini Kongsi 8 Tips Untuk Pasangan Suami Isteri Dapatkan Anak Kembar


Pasti ramai pasangan suami isteri yang impikan keseronokan untuk hamil dan memiliki anak kembar. Namun, masih ramai yang tidak tahu cara merancang serta mencuba rezeki untuk memilikinya.

  • Jika pasangan suami isteri mahukan anak kembar menggunakan cara dan perancangan yang rapi, pasti akan berhasil dan menjadi.
      • Doktor pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat telah kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan di akaun Facebook miliknya.
    • Baca perkongsian penuh beliau di bawah :

      • BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
        SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR
        Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.

      • Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.

      • Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar

          • 1. Orang Asia 1-2%
            Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.

            Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
            Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
            Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 - 2 % sahaja.
            2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu 

            Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.

            3. Hamil Umur 40 Tahun Ke Atas 

            Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas.
          • Pemakanan, supplements tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan

            • 4. Amalkan supplement Vitamins dan Folic Asid

              Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.

              5. Makan Produk Tenusu

              Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.

              6. Makan Keladi Dan Ubi

              Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.

              7. Hormon Subur

              Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. 
              Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 - 10 %. Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
              8. Rawatan IUI Dan IVF

              Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

            Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar!
        • KREDIT : http://says.com
        •                 Dr.Hamid Arshat

        Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

        ATAU

        IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN            SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com


Menyusu Bayi Buat Kali Pertama - Benarkah Susu Ibu Adalah Yang Terbaik?



Jika anda baru mula memberi bayi anda susu badan, anda sedang melakukan perkara terbaik untuknya. Namun jika ia tidak berlaku secara natural, janganlah bimbang. Ramai ibu yang sukar melakukannya sehinggalah mereka telah biasa. Kami akan membantu anda dalam langkah-langkah pertama ini.

Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?

Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:

Susu ibu juga boleh mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi, apabila dibandingkan dengan mereka yang diberi susu formula: 
  • mempunyai tekanan darah yang lebih rendah; 
  • mempunyai tahap kolesterol lebih rendah;
  • kurang berkemungkinan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat:
  • mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid);
  • membantu melindungi anda daripada kanser ovari;
  • mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari.

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika mereka mahu.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan. 

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. 

Persediaan untuk penyusuan badan

Asalkan sahaja anda sihat, tidak banyak yang perlu dilakukan sebagai persediaan bagi penyusuan badan. Tetapi anda boleh bersedia dari segi minda. Belajarlah sebanyak mungkin mengenai penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. 

Galakkan juga suami anda untuk belajar mengenai penyusuan badan supaya dia boleh memberi sokongan dan galakan kepada anda.

Bagaimanakah cara untuk mula menyusukan bayi saya?

Memandangkan sesi penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal ketika anda masih perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika cara itu berkesan bagi anda dan bayi. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda. 

Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berlainan. Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum mula menyusukan. Perhatikan bagaimanakah rasa pada payudara anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh payu dara anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng anda di antara gusi bayi dan puting anda. Kemudian cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat melakukan apa yang perlu seterusnya. 

Saya pernah mendengar ibu-ibu menghadapi masalah semasa penyusuan

Walaupun para wanita telah menyusukan bayi sejak berkurun-kurun lamanya, ia bukan selalunya mudah. Ramai yang menghadapi kesulitan pada peringkat awal. Dalam enam minggu pertama, ketika bekalan susu anda sedang mengadaptasi dan bayi anda belajar untuk menyusu, anda mungkin akan mengalami perkara yang berikut: 

Benarkah menyusu badan itu mudah?

Sesetengah wanita akan mudah menyesuaikan diri dan penyusuan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu baru mendapati ianya sukar untuk dilakukan. Jika anda rasa kecewa, ingatlah bahawa bukan hanya anda seorang yang rasa begitu. Jika anda berputus-asa (atau hanya mahukan nasihat profesional), hubungi pakar perunding penyusuan ibu (terdapat di kebanyakan hospital). 

Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang kebimbangan bersabit kesihatan yang mungkin akan menghalang penyusuan. 

Penyusuan memerlukan latihan. Berikan diri anda masa sebanyak mana yang anda perlukan untuk membiasakan diri. Lakukannya satu persatu dengan perlahan. Jika anda mengalami penyusuan yang teruk pada satu hari, beritahu diri anda bahawa hari esok akan menjadi lebih baik. Sentiasa ingat bahawa sebarang masalah yang anda hadapi hanyalah untuk sementara. Menjelang pemeriksaan doktor pada minggu ke-6, anda sudah boleh menyusukan bayi anda tanpa sebarang masalah. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan. 

Bolehkah saya menyusukan di tempat awam?

Walaupun anda rasa malu untuk menyusukan bayi di hadapan orang lain, ini telah menjadi satu perkara yang biasa di kawasan bandar di Malaysia. Lagipun, anda tidak boleh sentiasa pulang ke rumah anda setiap kali bayi anda perlu menyusu. Sesetengah baju direka khas untuk membolehkan anda menyusukan bayi anda dengan baik. Elakkan baju yang menggunakan butang kerana ia akan membuatkan anda berasa sangat terdedah. Baju yang boleh meregang adalah lebih baik. Letakkan sehelai skarf, selendang atau kain selimut yang nipis pada bahu dan dada anda semasa bayi anda menyusu supaya anda tidak berasa malu di tempat umum (pastikan anak anda boleh bernafas dengan baik). 

Kebanyakan pusat membeli-belah utama, atau yang dibina atau diubah suai dalam masa lima tahun yang lepas mempunyai bilik persalinan bayi, di mana anda boleh duduk dan menyusukan bayi anda dengan selesa dengan kehadiran ibu lain. Walaupun sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada kemudahan seperti itu, kebanyakan tempat akan menyediakan tempat untuk ibu yang menyusukan dan bayi yang kelaparan. Mintalah sebuah bilik atau satu sudut apabila anda mahu menyusukan bayi anda. Lambat-laun, apabila anda sudah biasa dengan penyusuan, anda tidak akan keberatan untuk menyusukan bayi anda di tempat awam

Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu mempertimbangkan hakikat bahawa cara hidup orang Malaysia boleh mewujudkan beberapa cabaran untuk menyusukan bayi di tempat awam. Sebagai contoh, jika anda berada di medan selera atau gerai mamak yang buka 24 jam (jangankan kemudahan untuk ibu dan bayi, bilik air yang bersih pun sukar untuk dicari!), jadi lebih baik anda menyusukan bayi anda sebentar di dalam kereta (kunci pintu dan hidupkan enjin supaya penghawa dingin boleh dipasang). Selesaikan penyusuan apabila anda telah sampai di rumah. 

Dapatkan tip-tip mengenai penyusuan badan di tempat awam daripada ibu-ibu Malaysia yang lain. Anda juga boleh menonton tayangan slaid ibu-ibu menyusukan di tempat awam.

Bolehkah saya teruskan penyusuan badan selepas saya kembali bekerja?

Ya. Kembali bekerja tidak bermakna anda terpaksa berhenti menyusukan. Malah, ibu-ibu yang bekerja di luar kawasan juga dapat menyusukan bayi mereka selama mana yang mereka mahu. Anda mungkin mahu mengepam susu di tempat kerja atau menyusukan hanya apabila anda bersama dengan bayi anda. Kedua-duanya boleh dilakukan. 

Baca lebih lanjut mengenai mengepam dan menyimpan susu badan.

Jika majikan anda maklum mengenai penyusuan badan, mereka tentu tahu bahawa ibu-ibu yang menyusukan kurang perlu mengambil cuti kerana bayi mereka tidak kerap jatuh sakit.

KREDIT : https://www.babycenter.com.my




Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com