Monday, February 12, 2018

APA ITU OHSS - Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS) adalah salah satu komplikasi rawatan kesuburan.


Ini berpunca dari stimulasi berlebihan ubat rangsangan ovari terutamanya ubat Gonadotrophin (Contohnya Gonal-F, Puregon etc) yang diberikan semasa rawatan kesuburan. Ianya akan menyebabkan kilang telur (ovari) membesar dan membengkak. Di samping itu berlakunya pengaliran keluar cecair dari dalam salur darah ke luar i.e extravascular space. Ini boleh mengakibatkan cecair berkumpul di dalam rongga badan seperti di dalam abdomen (ascites), paru-paru (pleural effusion) dan lapisan jantung (pericardial effusion) Selain daripada itu, komplikasi lain boleh berlaku seperti kepekatan darah (hemoconcentration), kekurangan cecair dalam salur darah (hypovolaemia), darah beku di dalam saluran darah terutamanya di bahagian kaki (deep venous thrombosis) dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Dalam kes OHSS yang teruk, kematian juga boleh berlaku.

SIAPA BOLEH DAPAT OHSS:question:

Sesiapa sahaja wanita yang mengambil ubat rangsangan kesuburan, terutamanya dalam rawatan IVF (sebab yang menjalani IVF biasanya ambil ubat kesuburan lebih). Tetapi sebenarnya boleh berlaku dalam mana-mana wanita yang mengambil ubat kesuburan, bukan sahaja ubat kesuburan jenis suntikan FSH sahaja malah yang ambil pil Clomiphene pun boleh dapat OHSS, tak kiralah, yang planned for IVF atau IUI atau intercourse cycle. Also, be mindful, ada juga produk kesihatan dipasaran yang merangsang kesuburan kerana mungkin ada ubat kesuburan di dalamnya (kalau tak, macam mana boleh dapat kembar?)
quest

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DALAM OHSS:question:

Ovari yang membesar (sebab dirangsang) akan mengeluarkan bahan kimia yang memasuki aliran darah dan menjadikan salurdarah "bocor" sehingga cecair di dalam aliran darah ini mula mengalir keluar daripadanya dan memasuki ruang bahagian lain badan. Maka, kesan negatif yang berlaku adalah kesan daripada salur darah bocor iaitu kesan pengumpulan cecair ini diruang tersebut dan akibat kehilangan secair ini ke atas aliran darah. Bahagian yang dimasuki cecair akan mengalami kesesakan, manakala salur darah yang kehilangan cecair akan menjadi pekat sehingga darah membeku menjadi ketulan-ketulan yang dipanggil Thrombosis.

SIAPA YANG BERISIKO DAPAT OHSS:question:

SESIAPA SAHAJA yang mengambil ubat kesuburan
tetapi yang lazimnya lebih berisiko adalah :

1. PCOS terutamanya yang kurus/bersaiz kecil
2. Lebih Muda
3. Pregnant


APA PERINGKAT OHSS:question:

Ada beberapa sistem grouping :
1. Mild/Moderate/Severe
2. Grades 1/2/3/4/5/6

Mild OHSS is quite common (1 in 3 patients) but moderate is less at about 5% but can still be treated as outpatient. Severe OHSS can affect the kidneys, liver, lungs, heart etc and can cause death. Mild cases can become worse especially when the patient is pregnant (the effect of HCG hormone)

TANDA-TANDANYA IALAH :

1. Perut kembung, keras, tak selesa. Dalam apapun kategori keterukannya dan semakin teruk mungkin sehingga sakit dan asyik loya/muntah (sebeb ruang abdomen dah makin kembung dengan cecair dari dalam salurdarah, ini dinamakan ascites).

2. Haus, kurang membuang air kecil dan air kencing pekat, tidak bermaya (tanda-tanda dehidrasi). So, kenalah rajin tengok warna air kencing dalam toilet bowl tu sebelum dijirus air.

3. Mengah, sukar bernafas (cecair dah memasuki ruang pernafasan seperti hydrothorax)

4. Betis bengkak, kemerahan,sakit dan bila dipegang terasa panas (tanda-tanda darah beku dah terbentuk dalam betis sebab darah dah 'pekat' kan)

Janganlah tunggu sampai dah teruk sakit perut dah tak boleh tahan atau dah susah nafas baru nak datang bagitau Doktor yea. Mohon bertindak segera.

5. Ada weighing scale:question:
Timbanglah berat badan setiap pagi. Kalau makin meningkat, bagitahu Doktor.

6. Ada measuring tape:question:
Ukurlah ukur lilit pinggang (pada tanda yang sama tau) setiap hari dan bagitau Doktor jika ada perubahan.

Biasanya bila simptom makin teruk atau bila dah dapat simptom severe OHSS, baru kena masuk hospital dan Doktor akan monitor perkara 5 dan 6. Kalau mild or moderate, lazimnya tak perlu, tapi kalau ada alat penimbang dan tape tu kat rumah, apa salahnya buat kan
:ques
SEMENTARA ITU, ANDA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH BERIKUT :

1. Minum air mencukupi, but not in excess, maybe dalam 2 Liter sehari tapi jangan sampai lebih daripada 3 Liter tau.
2. Kalau nak ubat tahan sakit, ambil yang ada paracetamol sahaja. Pain killer jenis anti-inflammatory boleh menerukkan buah pinggang, so kena elakkan.
3. No SEX or physical activity/exercise yang lebih-lebih, takut ovari yang besar tu twisted pada tangkainya.
4. Rajin-rajin gerakkan/goyang kaki (muscular activity boleh tolong gerakkan aliran darah dan kurangkan risiko darah beku)


Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                




No comments:

Post a Comment