Tanda bersalin tak sama untuk setiap anak.
Semasa kita hamil & usia kandungan memasuki trimester ke 3, memang kena berjaga jaga. Ibu yang bijak adalah yang buat persiapan awal.
Sebab langit tak selalu cerah kan. Jaga makan nak elak kencing manis
Jaga tanda bersalin boleh sampai hospital awal.
Senarai 11 tanda-tanda bersalin, anak dah nak keluar!
Kita mulakan dengan.......
Tanda 1: Perut jatuh / Bayi turun ke bawah
Menurut laman livescience.com, Tanda pertama ini boleh berlaku antara beberapa jam atau minggu sebelum kelahiran berlaku.
Semasa perut jatuh, bayi kita turun ke pelvis.
Bayi akan masuk ke kedudukan yang sesuai untuk keluar dari rahim.
Iaitu kepala bayi akan berada di bawah & hampir dengan pintu rahim.
Kepala bayi akan menekan pundi kencing ibu, jadi rasa untuk membuang air kecil lebih kerap dari biasa.
Yang baiknya, ibu terasa lebih mudah bernafas & tidak lagi rasa mengah kerana paru paru kita ada lebih banyak ruang
Ini memudahkan kita untuk bernafas semasa bersalin
2. Pintu rahim semakin mengembang & membuka
Menurut laman Babycenter, pintu rahim atau serviks akan mula menipis & akhirnya membuka laluan untuk bayi keluar
Ini salah satu persediaan badan kita untuk kelahiran.
Tanda ini bukan jaminan kelahiran akan berlaku segera
Doktor akan memeriksa & mengukur saiz bukaan serviks / pintu rahim jika bukaan sudah ada
Dari pengalaman ibu sendiri, kedua dua anak ibu lahir dalam masa 24 jam selepas pintu rahim mula terbuka
Mungkin kita semua ada pengalaman tersendiri semasa melahirkan anak kan?
3. Kejang dan sakit belakang lebih kerap berlaku

Sakit belakang itu biasa dialami ibu hamil kan?
Tapi, menurut Parents.com, semakin dekat kita dengan masa bersalin semakin sakit bahagian belakang kita. Dan ini berlaku kepada 1/3 dari ibu hamil
Sakit belakang semasa mengandung boleh juga disebabkan kekurangan bekalan kalsium yang diperlukan ibu
Tanda awal bersalin ini kerap berlaku pada ibu yang baru pertama kali melahirkan anak.
Kesakitan ini berlaku disebabkan kepala bayi menekan tulang belakang ibu menyebabkan rasa sakit
Rasa sakit ini berlaku di pangkal paha dan bahagian bawah punggung
4. Perubahan pada tulang & sendi meregang dan beralih.
Ibu pasti, sekarang ni puan sedang hamil trimester ke 3. Semasa bulan bulan terakhir kehamilan ni, makin lama sendi sendi terasa longgar
Menurut laman whattoecpect.com, Ini persediaan badan untuk bersalin
Ini mekanisme badan kita untuk memudahkan proses melahirkan anak
Badan kita merembeskan hormon relaxin yang menyebabkan ligamen & sendi kita lembut dan longgar.
Kesan sampingan hormon ini menyebabkan ibu hamil rasa lebih malas & perlu lebih rehat
5. Berat badan turun atau tidak lagi naik

Semasa trimester 1 & 2, kalau berat badan tak naik memang merisaukan. Tapi berbeza pula dengan trimester 3
Semakin hampir dengan tarikh bersalin, berat badan kita tak naik lagi. Malah mungkin turun
Berat badan ibu mungkin turun, tetapi berat bayi dalam rahim makin bertambah
Ini disebabkan kuantiti air ketuban semakin berkurang
Berat juga mungkin berkurang disebabkan sebab ke 6 iaitu
6. Kerap cirit-birit
Adakah cirit birit yang dialami ibu hamil disebabkan oleh salah makan?
Belum tentu lagi
Ibu yang akan bersalin akan kerap cirit birit
Ini disebabkan otot dalam badan berehat untuk persediaan kelahiran termasuk otot di kawasan usus besar menyebabkan pergerakan usus menjadi lancar & tidak ketat seperti biasa.
Banyakkan minum air kosong untuk mengganti air yang hilang
7. Badan rasa letih & perlu banyak rehat
Ibu hamil akan ada banyak sebab untuk rasa penat di minggu terakhir mengandung
Perut besar menyukarkan pergerakan, makan sikit cepat kenyang, kerap kencing kerana bayi menekan punci kencing, tak lena tidur malam kerana tulang belakang sakit
Cuba dapatkan rehat yang berkualiti & jaga pemakanan. Makanan seperti madu sangat bagus untuk bekalkan tenaga
Pemakanan yang seimbang akan bantu kita lebih bertenaga.
Ibu pernah cerita sebelum ini tentang rakan sepejabat yangsarat mengandung tapi masih cergas bekerja sehingga jam 3 pagi
8. Cecair keluar dengan banyak
Pada hari-hari terakhir sebelum bersalin, anda akan melihat pelepasan dari pintu rahim banyak dan pekat.
Tanda bersalin ini menunjukkan, kita ada beberapa jam saja lagi sebelum bersalin
Lendir boleh keluar bersama darah
9. Kontraksi berlaku semakin kerap & menyakitkan
Kontraksi ada 2 jenis, Yang pertama kontraksi yang berlaku sepanjang kehamilan. Dikenali sebagai Braxton hicks (BH)
Kontraksi BH boleh dirasa berbulan bulan sebelum bersalin
Kontraksi BH berlaku semakin kerap dan kuat kontraksi menjelang minggu minggu akhir kehamilan
Otot rahim buat "rehearsel untuk bersalin"
Apa beza kontraksi sebenar untuk bersalin & kontraksi BH? Kontraksi sebenar tidak berhenti dengan menukar posisi duduk & baring. Dan kesakitan semakin bertambah
10. Mudah marah
Ibu yang hampir bersalin lebih mudah marah & sukar mengawal emosi.
Maklumlah serba sakit badan. Dengan kucing pun kita boleh marah. Hehe
11. Keluarnya air ketuban
Kalau dah keluar tanda ini, memang dah amaran terakhir bayi nak keluar
Tapi hanya 15% ibu bersalin mengalami tanda ini
Jadi, kalau betul air dah keluar cepat-cepat ke hospital
SET SUBUR
MYMILA
π♀️www.setsuburmymila.com
iHAMiL PREMIUM
π♀️ www.ihamilpremium.com
Nak sembang2??
1. http://setsuburmymila.wasap.my
2. http://ihamil.wasap.my
Sebar2kan tau π
iHAMiL PREMIUM
Nak sembang2??
1. http://setsuburmymila.wasap.my
2. http://ihamil.wasap.my
Sebar2kan tau π
No comments:
Post a Comment