“Ish, pening pula dengan kalkulator ovulasi ni. ‘Period’ pula bukannya tetap sangat. Macamana nak tahu sama ada sekarang ni tengah subur atau tak. Ada tak tanda subur wanita yang dapat dikenal pasti secara fizikal?”
Salah satu tempoh yang paling dikejarkan oleh pasangan yang ingin hamil adalah waktu subur seseorang wanita.
Ia juga adalah ‘tanda amaran’ bagi pasangan yang sedang berusaha menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
Kadangkala kita tak tahu sama ada kita sedang dalam waktu subur atau tidak. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai kitaran haid tetap sama ada akibat stres, ketidakseimbangan hormon, atau yang sedang menyusu badan selepas bersalin.
KENAPA PENTINGNYA TAHU TANDA SUBUR WANITA?
Waktu subur atau tempoh ovulasi merupakan proses ketika sel telur (ovum) dikeluarkan dari folikel yang sudah matang ke tiub falopio untuk disenyawakan.
Berbanding sperma yang dapat bertahan selama 7 hari dalam vagina, sel telur anda hanya dapat bertahan paling lama 24 jam setelah dikeluarkan.
Menurut sumber laman web perubatan, seorang wanita memiliki masa subur sekitar 6 hari dalam 1 bulan. Dalam 6 hari ini, terdapat 1-2 hari yang dikatakan ‘paling subur’.
Biasanya, ia turut diikuti dengan beberapa tanda yang dapat dirasai secara fizikal.
Anda dan pasangan digalakkan melakukan hubungan intim pada saat ini atau sebelumnya supaya sel telur (ovum) dan sperma dapat bertemu pada jangka waktu tersebut.
9 TANDA SUBUR WANITA YANG BOLEH DIKENAL PASTI
Antara tanda subur wanita yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:
1. SUHU TUBUH MENINGKAT
Proses ovulasi dapat meningkatkan suhu basal tubuh anda.
Jadi, anda perlu tahu suhu tubuh badan anda pada hari-hari biasa supaya dapat membandingkannya pada hari subur. Gunakan carta untuk mencatat suhu badan anda setiap hari.
Contoh carta ‘printable’ percuma boleh didapati di sini.
Oleh kerana perbezaannya tidak begitu banyak, pastikan anda menggunakan termometer basal yang tepat & stabil bacaannya.
Setelah 2-3 hari tubuh anda mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan suhu tubuh kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.
2. KEPUTIHAN
Tanda subur wanita juga boleh dilihat apabila berlakunya keputihan berupa lendir pada serviks (pangkal rahim).
Tekstur dan warna keputihan yang hadir sebagai tanda subur wanita adalah berbeza daripada keputihan yang berlaku pada hari-hari biasa.
Ini kerana, menjelang ovulasi lendir akan menjadi lebih cair dan kelihatan agak jernih.
3. MERASA LEBIH GHAIRAH
Salah satu tanda subur wanita juga dapat dirasakan melalui peningkatan nafsu syahwat atau ‘libido’.
Secara semula jadi, anda juga akan merasa lebih menarik dan terlihat lebih menarik bagi pasangan anda.
4. ‘CRAMP’ PERUT
Rasa sakit seperti kejang atau ‘cramp’ pada bahagian perut bukan saja berlaku ketika datang haid.
Jika ia berlaku di luar waktu haid, maka ia juga salah satu tanda subur wanita.
Sebagian wanita mengaku bahawa mereka turut merasa kejang pada salah satu punggung ketika ovulasi.
5. POSISI SERVIKS (PANGKAL RAHIM) TINGGI & LEMBUT
Tanda subur wanita atau masa ovulasi dapat dikenalpasti dengan mengamati perubahan pada bahagian serviks.
Semasa dalam tempoh kurang subur, serviks berada dalam keadaan tertutup, kering, terasa agak kesat, dan berada pada posisi rendah (senang dirasa).
Apabila menghampiri waktu ovulasi, serviks akan terasa lembut, sedikit terbuka, lembap dan pada posisi tinggi (sulit dijangkau).
Waktu terbaik untuk memeriksa serviks ini adalah di malam hari. Pastikan tangan anda bersih sebelum memeriksa serviks.
Seperkara lagi, jangan mengelat memeriksa serviks setelah hubungan seksual. Ini kerana, rahim anda tidak berada dalam keadaan normal semasa berhubungan.
6. PAYUDARA BENGKAK & NYERI
Akibat peningkatan hormon, payudara anda akan terasa sedikit bengkak dan nyeri ketika ovulasi.
Terdapat wanita yang bukan hanya merasakan bengkak pada payudara, tetapi juga pada bahagian lain tubuh.
7. DERIA RASA & BAU LEBIH TAJAM
Selain tanda-tanda di atas, ada juga wanita yang mendakwa mereka biasanya akan dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih baik pada waktu subur.
Oleh itu, anda mungkin akan menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi.
8. TOMPOKAN DARAH
Berbeza daripada haid, timbulnya tompokan darah yang sedikit ini adalah akibat kadar penurunan estrogen yang mendadak sebelum berlakunya ovulasi.
Oleh itu, paras progesteron akan turut menurun dan berlaku luruhan endometrium secara tiba-tiba yang menyebabkan adanya tompokan darah tersebut.
9. KEPUTUSAN POSITIF PADA ALAT PENGESAN KEHAMILAN
Jika anda ingin mengetahui cara yang lebih tepat apabila sedang mengalami ovulasi, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK).
Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.
TANDA SUBUR WANITA MEMBANTU MERANCANG KEHAMILAN DENGAN LEBIH TEPAT
Dengan mengetahui beberapa tanda di atas, diharap ia dapat membantu ibu bapa yang sedang dalam proses mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.
Sebagai tambahan, kemungkinan untuk terjadinya ovulasi adalah sangat rendah dalam 6 minggu pertama selepas bersalin.
Namun, ia masih boleh berlaku bergantung kepada kesediaan tubuh badan anda.
Maka, 9 tanda ini juga boleh menjadi petunjuk kepada ibu bapa yang sedang berusaha menjarakkan kehamilan secara semulajadi, terutamanya ibu-ibu yang sedang menyusu badan dan belum tetap haidnya.
KREDIT : https://siraplimau.com
Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...
ATAU
IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih
PANTAS MENYUBURKAN
SILA KLIK π http://ihamilpremium.wasap.my @ π www.ihamilpremium.com
No comments:
Post a Comment