Friday, April 27, 2018

5 Sebab Kita Patut ‘Tabik Spring’ Pada Ibu Yang Bersalin Caesar

Entah kenapa kebanyakan wanita rasa ‘malu’ atau ‘tak cukup hebat’ apabila tidak dapat melahirkan bayi secara normal dan memerlukan pembedahan Caesarean atau C-section.
Ada yang berani kata bersalin secara pembedahan tak sakit macam bersalin normal. Yalah, tup tup bayi dah ada di depan mata tanpa perlu menahan sakit kontraksi, pecah ketuban, dan sebagainya. Dakwaan seperti inilah yang boleh membuatkan ibu berasa bersalah dan sedih apabila tak dapat bersalin normal.
Malah, disebabkan stigma ini, pelakon Hollywood terkenal Kate Winslet pernah memberitahu orang ramai bahawa kelahiran puteri sulungnya adalah secara normal sedangkan ia adalah sebaliknya. Hal yang sebenarnya disembunyikan selama 4 tahun lamanya sebelum akhirnya mengakui bahawa beliau terpaksa menjalani pembedahan Caesarean kecemasan ketika melahirkan. Alasannya, beliau begitu malu dan berasa seperti seorang ibu yang ‘gagal’ kerana tidak dapat melahirkan bayi secara normal.
Sebagai ahli masyarakat terutamanya wanita sendiri, kita tak patut memandang rendah pada ibu yang bersalin secara pembedahan. Malah, ada banyak sebab kita patut kagum terhadap mereka.

5 SEBAB KITA PATUT ‘TABIK SPRING’ PADA IBU YANG BERSALIN CAESAR

1. MEREKA TELAH MELALUI PEMBEDAHAN MAJOR

Ramai yang ingat pembedahan Caesarean hanya sekadar proses yang mudah di mana doktor ‘menoreh’ perut ibu dan mengeluarkan bayi. Amboi, macam senang betul bunyinya, bukan? Realitinya, nak menunggu masuk dewan pembedahan pun dah berdebar bukan main.
Tahukah anda sebenarnya pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai salah satu pembedahan major – di mana ia melibatkan organ badan yang mustahak, berisiko dan boleh membahayakan nyawa. Malah, nyata sekali ia bukan pembedahan ‘main-main’ kerana potensi komplikasi atau pendarahan yang banyak selepas pembedahan.
bersalin bayi besar
Foto Kredit: mumsandbubs.net.au

2. MEREKA TETAP MENGURUSKAN BAYI DALAM KEADAAN LUKA

Walaupun ibu dibius semasa pembedahan dilakukan, Rasa sakit yang kuat tetap akan terasa SELEPAS pembedahan itu. Ibu-ibu mungkin akan berasa begitu lemah hingga tak berupaya membuat apa-apa dengan sendiri pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.
Nak berganjak sedikit pun dah sakit. Nak ketawa atau batuk pun tak boleh. Sakitnya begitu ‘menyengat’ hingga ibu mungkin terpaksa memegang sesuatu untuk bangun dari katil. Jadi, bayangkan pula keadaan ibu yang nak mendukung dan menguruskan bayi selepas pembedahan.
Kalau yang ada orang jaga masa berpantang, syukurlah. Tapi ada juga yang terpaksa buat semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Nak tak nak, segala rasa sakit perit terpaksa ditelan saja!
cuti bersalin
Foto Kredit: theallineed.com

3. MEREKA MELAKUKANNYA DEMI KESELAMATAN BAYI

Kalau ada pilihan, dah tentulah kebanyakan wanita akan memilih untuk bersalin secara normal. Dengan menyetujui untuk dibedah, ibu-ibu sebenarnya telah memilih untuk mengutamakan keselamatan bayi berbanding dirinya. Mereka tidak mahu merisikokan bayi yang mungkin boleh menghadapi masalah sekiranya menjalani persalinan normal.
Bukankah ‘pengorbanan’ ini saja dah cukup meletakkan mereka sebagai ibu yang hebat?
mengandung uri di bawah
Foto Kredit: Voisin/Phanie / Rex Features

4. KEBANYAKAN IBU DAH MELALUI KONTRAKSI & SAKIT KUAT SEBELUM PEMBEDAHAN

Dalam kes tertentu, pembedahan Caesarean hanya berlaku jika ia disarankan oleh doktor kerana terdapat masalah menjelang kelahiran.
Contohnya bila tempoh kontraksi terlalu panjang, ibu-ibu juga melalui kesakitan yang sama seperti bersalin normal. Malah, ada yang telah di induce tapi masih juga tak ada bukaan. Akhirnya terpaksa akur dengan pembedahan. Tak ke double sakitnya di situ?
Foto Kredit: sheknows.com

5. IA BUKAN SESUATU YANG MUDAH

Jadi, siapa kata bersalin pembedahan tak sakit? Ia bukanlah ‘jalan pintas’ seperti mana yang difikirkan oleh sesetengah orang. Mereka tetap rasa kepayahan mengandung – loya, muntah, sakit belakang, dan sebagainya. Tambahan lagi, mereka mungkin terpaksa melalui detik cemas ketika terpaksa dibawa ke bilik pembedahan.
Kesakitan parut selepas itu tentu menguji kesabaran pada hari-hari awal. Nak menyusukan bayi pun boleh menangis dibuatnya. Namun, semua ini tidak sedikitpun menghalang anda untuk mencintai dan menjaga bayi dengan penuh kasih sayang!
Foto Kredit: 30secondmom.com

ANDA TETAP IBU YANG HEBAT!

Sempena Bulan Kesedaran Caesarean setiap April, diharapkan para suami dan orang ramai lebih memahami tentang proses sebenar pembedahan Caesarean yang dilalui oleh ibu-ibu bertuah ini dan seterusnya menghargai setiap kepayahan mereka.
Jadi, bagi ibu pula tak perlulah rasa bersalah, malu, atau sedih walaupun tak dapat bersalin secara normal. Itu semua kata-kata mereka yang kurang faham dan janganlah sesekali ambil hati dengan tanggapan sebegini. Percayalah, walau apa pun cara anda melahirkan bayi, anda tetaplah seorang wanita yang kental dan hebat.
Memang ‘tabik spring’ untuk mereka!


Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com

No comments:

Post a Comment