Friday, April 27, 2018

5 Sebab Kita Patut ‘Tabik Spring’ Pada Ibu Yang Bersalin Caesar

Entah kenapa kebanyakan wanita rasa ‘malu’ atau ‘tak cukup hebat’ apabila tidak dapat melahirkan bayi secara normal dan memerlukan pembedahan Caesarean atau C-section.
Ada yang berani kata bersalin secara pembedahan tak sakit macam bersalin normal. Yalah, tup tup bayi dah ada di depan mata tanpa perlu menahan sakit kontraksi, pecah ketuban, dan sebagainya. Dakwaan seperti inilah yang boleh membuatkan ibu berasa bersalah dan sedih apabila tak dapat bersalin normal.
Malah, disebabkan stigma ini, pelakon Hollywood terkenal Kate Winslet pernah memberitahu orang ramai bahawa kelahiran puteri sulungnya adalah secara normal sedangkan ia adalah sebaliknya. Hal yang sebenarnya disembunyikan selama 4 tahun lamanya sebelum akhirnya mengakui bahawa beliau terpaksa menjalani pembedahan Caesarean kecemasan ketika melahirkan. Alasannya, beliau begitu malu dan berasa seperti seorang ibu yang ‘gagal’ kerana tidak dapat melahirkan bayi secara normal.
Sebagai ahli masyarakat terutamanya wanita sendiri, kita tak patut memandang rendah pada ibu yang bersalin secara pembedahan. Malah, ada banyak sebab kita patut kagum terhadap mereka.

5 SEBAB KITA PATUT ‘TABIK SPRING’ PADA IBU YANG BERSALIN CAESAR

1. MEREKA TELAH MELALUI PEMBEDAHAN MAJOR

Ramai yang ingat pembedahan Caesarean hanya sekadar proses yang mudah di mana doktor ‘menoreh’ perut ibu dan mengeluarkan bayi. Amboi, macam senang betul bunyinya, bukan? Realitinya, nak menunggu masuk dewan pembedahan pun dah berdebar bukan main.
Tahukah anda sebenarnya pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai salah satu pembedahan major – di mana ia melibatkan organ badan yang mustahak, berisiko dan boleh membahayakan nyawa. Malah, nyata sekali ia bukan pembedahan ‘main-main’ kerana potensi komplikasi atau pendarahan yang banyak selepas pembedahan.
bersalin bayi besar
Foto Kredit: mumsandbubs.net.au

2. MEREKA TETAP MENGURUSKAN BAYI DALAM KEADAAN LUKA

Walaupun ibu dibius semasa pembedahan dilakukan, Rasa sakit yang kuat tetap akan terasa SELEPAS pembedahan itu. Ibu-ibu mungkin akan berasa begitu lemah hingga tak berupaya membuat apa-apa dengan sendiri pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.
Nak berganjak sedikit pun dah sakit. Nak ketawa atau batuk pun tak boleh. Sakitnya begitu ‘menyengat’ hingga ibu mungkin terpaksa memegang sesuatu untuk bangun dari katil. Jadi, bayangkan pula keadaan ibu yang nak mendukung dan menguruskan bayi selepas pembedahan.
Kalau yang ada orang jaga masa berpantang, syukurlah. Tapi ada juga yang terpaksa buat semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Nak tak nak, segala rasa sakit perit terpaksa ditelan saja!
cuti bersalin
Foto Kredit: theallineed.com

3. MEREKA MELAKUKANNYA DEMI KESELAMATAN BAYI

Kalau ada pilihan, dah tentulah kebanyakan wanita akan memilih untuk bersalin secara normal. Dengan menyetujui untuk dibedah, ibu-ibu sebenarnya telah memilih untuk mengutamakan keselamatan bayi berbanding dirinya. Mereka tidak mahu merisikokan bayi yang mungkin boleh menghadapi masalah sekiranya menjalani persalinan normal.
Bukankah ‘pengorbanan’ ini saja dah cukup meletakkan mereka sebagai ibu yang hebat?
mengandung uri di bawah
Foto Kredit: Voisin/Phanie / Rex Features

4. KEBANYAKAN IBU DAH MELALUI KONTRAKSI & SAKIT KUAT SEBELUM PEMBEDAHAN

Dalam kes tertentu, pembedahan Caesarean hanya berlaku jika ia disarankan oleh doktor kerana terdapat masalah menjelang kelahiran.
Contohnya bila tempoh kontraksi terlalu panjang, ibu-ibu juga melalui kesakitan yang sama seperti bersalin normal. Malah, ada yang telah di induce tapi masih juga tak ada bukaan. Akhirnya terpaksa akur dengan pembedahan. Tak ke double sakitnya di situ?
Foto Kredit: sheknows.com

5. IA BUKAN SESUATU YANG MUDAH

Jadi, siapa kata bersalin pembedahan tak sakit? Ia bukanlah ‘jalan pintas’ seperti mana yang difikirkan oleh sesetengah orang. Mereka tetap rasa kepayahan mengandung – loya, muntah, sakit belakang, dan sebagainya. Tambahan lagi, mereka mungkin terpaksa melalui detik cemas ketika terpaksa dibawa ke bilik pembedahan.
Kesakitan parut selepas itu tentu menguji kesabaran pada hari-hari awal. Nak menyusukan bayi pun boleh menangis dibuatnya. Namun, semua ini tidak sedikitpun menghalang anda untuk mencintai dan menjaga bayi dengan penuh kasih sayang!
Foto Kredit: 30secondmom.com

ANDA TETAP IBU YANG HEBAT!

Sempena Bulan Kesedaran Caesarean setiap April, diharapkan para suami dan orang ramai lebih memahami tentang proses sebenar pembedahan Caesarean yang dilalui oleh ibu-ibu bertuah ini dan seterusnya menghargai setiap kepayahan mereka.
Jadi, bagi ibu pula tak perlulah rasa bersalah, malu, atau sedih walaupun tak dapat bersalin secara normal. Itu semua kata-kata mereka yang kurang faham dan janganlah sesekali ambil hati dengan tanggapan sebegini. Percayalah, walau apa pun cara anda melahirkan bayi, anda tetaplah seorang wanita yang kental dan hebat.
Memang ‘tabik spring’ untuk mereka!


Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com

Thursday, April 26, 2018

9 Tanda Wanita Sedang Subur, Walaupun Tak Tetap Haid



“Ish, pening pula dengan kalkulator ovulasi ni. ‘Period’ pula bukannya tetap sangat. Macamana nak tahu sama ada sekarang ni tengah subur atau tak. Ada tak tanda subur wanita yang dapat dikenal pasti secara fizikal?”
Salah satu tempoh yang paling dikejarkan oleh pasangan yang ingin hamil adalah waktu subur seseorang wanita.
Ia juga adalah ‘tanda amaran’ bagi pasangan yang sedang berusaha menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
Kadangkala kita tak tahu sama ada kita sedang dalam waktu subur atau tidak. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai kitaran haid tetap sama ada akibat stres, ketidakseimbangan hormon, atau yang sedang menyusu badan selepas bersalin.
wanita ingin hamil

KENAPA PENTINGNYA TAHU TANDA SUBUR WANITA?

Waktu subur atau tempoh ovulasi merupakan proses ketika sel telur (ovum) dikeluarkan dari folikel yang sudah matang ke tiub falopio untuk disenyawakan.
Berbanding sperma yang dapat bertahan selama 7 hari dalam vagina, sel telur anda hanya dapat bertahan paling lama 24 jam setelah dikeluarkan.
Menurut sumber laman web perubatan, seorang wanita memiliki masa subur sekitar 6 hari dalam 1 bulan. Dalam 6 hari ini, terdapat 1-2 hari yang dikatakan ‘paling subur’.
Biasanya, ia turut diikuti dengan beberapa tanda yang dapat dirasai secara fizikal.
Anda dan pasangan digalakkan melakukan hubungan intim pada saat ini atau sebelumnya supaya sel telur (ovum) dan sperma dapat bertemu pada jangka waktu tersebut.
tanda subur wanita
Foto Kredit: astroglide.com

9 TANDA SUBUR WANITA YANG BOLEH DIKENAL PASTI

Antara tanda subur wanita yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. SUHU TUBUH MENINGKAT

Proses ovulasi dapat meningkatkan suhu basal tubuh anda.
Jadi, anda perlu tahu suhu tubuh badan anda pada hari-hari biasa supaya dapat membandingkannya pada hari subur. Gunakan carta untuk mencatat suhu badan anda setiap hari.
Contoh carta ‘printable’ percuma boleh didapati di sini.
Oleh kerana perbezaannya tidak begitu banyak, pastikan anda menggunakan termometer basal yang tepat & stabil bacaannya.
Setelah 2-3 hari tubuh anda mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan suhu tubuh kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.
tanda subur wanita
Foto Kredit: fertilityroad.com

2. KEPUTIHAN

Tanda subur wanita juga boleh dilihat apabila berlakunya keputihan berupa lendir pada serviks (pangkal rahim).
Tekstur dan warna keputihan yang hadir sebagai tanda subur wanita adalah berbeza daripada keputihan yang berlaku pada hari-hari biasa.
Ini kerana, menjelang ovulasi lendir akan menjadi lebih cair dan kelihatan agak jernih.
tanda subur wanita keputihan
Foto Kredit: hdimagelib.com

3. MERASA LEBIH GHAIRAH

Salah satu tanda subur wanita juga dapat dirasakan melalui peningkatan nafsu syahwat atau ‘libido’.
Secara semula jadi, anda juga akan merasa lebih menarik dan terlihat lebih menarik bagi pasangan anda.
bosan dengan pasangan
Foto Kredit: petrotimes.vn

4. ‘CRAMP’ PERUT

Rasa sakit seperti kejang atau ‘cramp’ pada bahagian perut bukan saja berlaku ketika datang haid.
Jika ia berlaku di luar waktu haid, maka ia juga salah satu tanda subur wanita.
Sebagian wanita mengaku bahawa mereka turut merasa kejang pada salah satu punggung ketika ovulasi.
cara hilangkan senggugut
Foto Kredit: altsantiri.gr

5. POSISI SERVIKS (PANGKAL RAHIM) TINGGI & LEMBUT

Tanda subur wanita atau masa ovulasi dapat dikenalpasti dengan mengamati perubahan pada bahagian serviks.
Semasa dalam tempoh kurang subur, serviks berada dalam keadaan tertutup, kering, terasa agak kesat, dan berada pada posisi rendah (senang dirasa).
Apabila menghampiri waktu ovulasi, serviks akan terasa lembut, sedikit terbuka, lembap dan pada posisi tinggi (sulit dijangkau).
Waktu terbaik untuk memeriksa serviks ini adalah di malam hari. Pastikan tangan anda bersih sebelum memeriksa serviks.
Seperkara lagi, jangan mengelat memeriksa serviks setelah hubungan seksual. Ini kerana, rahim anda tidak berada dalam keadaan normal semasa berhubungan.

ovulasi wanita
Foto Kredit: mobile.cafemom.com

6. PAYUDARA BENGKAK & NYERI

Akibat peningkatan hormon, payudara anda akan terasa sedikit bengkak dan nyeri ketika ovulasi.
Terdapat wanita yang bukan hanya merasakan bengkak pada payudara, tetapi juga pada bahagian lain tubuh.
tanda subur wanita
Foto Kredit: pingminghealth.com

7. DERIA RASA & BAU LEBIH TAJAM

Selain tanda-tanda di atas, ada juga wanita yang mendakwa mereka biasanya akan dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih baik pada waktu subur.
Oleh itu, anda mungkin akan menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi.
tanda subur wanita
Foto Kredit: lepotaizdravlje.rs

8. TOMPOKAN DARAH

Berbeza daripada haid, timbulnya tompokan darah yang sedikit ini adalah akibat kadar penurunan estrogen yang mendadak sebelum berlakunya ovulasi.
Oleh itu, paras progesteron akan turut menurun dan berlaku luruhan endometrium secara tiba-tiba yang menyebabkan adanya tompokan darah tersebut.
keputihan 2

9. KEPUTUSAN POSITIF PADA ALAT PENGESAN KEHAMILAN

Jika anda ingin mengetahui cara yang lebih tepat apabila sedang mengalami ovulasi, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK).
Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.

TANDA SUBUR WANITA MEMBANTU MERANCANG KEHAMILAN DENGAN LEBIH TEPAT

Dengan mengetahui beberapa tanda di atas, diharap ia dapat membantu ibu bapa yang sedang dalam proses mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.
Sebagai tambahan, kemungkinan untuk terjadinya ovulasi adalah sangat rendah dalam 6 minggu pertama selepas bersalin.
Namun, ia masih boleh berlaku bergantung kepada kesediaan tubuh badan anda.
Maka, 9 tanda ini juga boleh menjadi petunjuk kepada ibu bapa yang sedang berusaha menjarakkan kehamilan secara semulajadi, terutamanya ibu-ibu yang sedang menyusu badan dan belum tetap haidnya.

Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com

Wednesday, April 25, 2018

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...

ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com

Kesan Asap Rokok Kepada Ibu Hamil. SEMUA POINT PENTING!









Dapatkan SET SUBUR MYMILA disini...


ATAU

IHamil Premium produk baru Mymila 5x lebih PANTAS MENYUBURKAN                SILA KLIK 👉 http://ihamilpremium.wasap.my @ 🌐 www.ihamilpremium.com