“Kenapa rasa tak selesa eh kat ‘bawah’ ni? Rasa melekit bila jalan” – Hah, sah, korang ‘datang bulan’! Ada di antara korang panggil ‘period‘ atau haid kan? Siap sedia lah beli tuala wanita…
Bila ‘datang bulan’, perempuan mula akan rasa tak selesa dan boleh dikatakan diorang menyampah terhadap semua benda sepanjang tempoh tu. Kadang-kadang, bila tengok cermin pun boleh rasa nak mengamuk kat diri sendiri…
Jom kita baca sikit perkara yang perempuan paling benci bila ‘datang bulan’… Mesti korang biasa lalui kan?
1. Banyak jerawat naik kat muka. Tak sukanya!
Pandang cermin, fuh jerawat tumbuh rancak macam cendawan eh? Nak keluar pergi kerja atau jalan-jalan pun rasa malas, malu lah orang pandang muka ada jerawat! (Dalam hati: ala seketul je pun) But still, jerawat kot! Perempuan dah lah pantang muka rosak, lagi-lagi ada jerawat. Tak ‘cun’ dah!
Tapi, admin pernah try cara nak hilangkan jerawat cara tradisional, iaitu letak ais kat jerawat. Lama-lama dia mengecut tau! Dah try kongsi result okay!
2. Mood tak menentu. Kejap happy, kejap nak marah!
Bila datang bulan, perempuan memang akan senang moody. Kejap seronok, kejap menangis, kejap kacau orang, kejap masam muka, memang tak faham! Dalam tempoh haid, perubahan hormon dan sakit kat bawah perut adalah punca kenapa mood orang perempuan berubah-ubah! Bila sakit, mana nak datang mood kan?
Memandangkan jerawat banyak naik waktu period, tu pun boleh mendatangkan tekanan. Stress kat tempat kerja jangan cakap lah kan? So, jangan cari pasal dengan perempuan yang tengah period okay? Tak pasal-pasal dapat makian percuma!
3. Paling azab, senggugut. Sakit dia macam kena toreh!
Sakit senggugut rasa macam perut kena toreh! Sebab tu perempuan selalu takde mood, sakit dia memang azab! Senggugut yang paling sakit biasanya pada dua hari pertama datang bulan, tapi lama-lama rasa sakit tu berkurangan dan berhenti ikut tempoh period. Tapi, ada jugak perempuan yang sakit senggugut sampai 2-3 hari!
Cuba bertenang, bawak mengucap dan cuba cari cara macam mana nak hilangkan sakit senggugut. Salah satunya, tuam bahagian perut, pinggang atau punggung dengan botol berisi air panas. Selain tu, cuba minum air panas dan aktifkan diri dengan kerja rumah supaya diri rasa aktif. Rasa sakit pun lama-lama hilang!
4. Kejap-kejap, asyik rasa nak makan je!
Kalau nak tau, hormon Progesterone banyak dihasilkan waktu period yang menyebabkan korang sentiasa bernafsu terutama sekali bila cakap pasal makanan. Jadi, normal la kalau korang selalu lapar, sebab waktu tu waktu paling subur!
Tapi, bila tengok cermin badan dah naik sikit, mula lah stress lepas tu takde mood! Chill okay guys, lepas period banyakkan bersenam dan tahan nafsu makan tu. Jangan terbawak-bawak pulak!
5. Rasa sakit-sakit badan. Macam nak baring je sepanjang hari!
Haa, siapa yang selalu sakit belakang bila period, tau tak sebab apa? Masa tu, hormon Prostaglandin banyak keluar dan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan. Sebab tu korang sakit kat bawah perut dan bahagian pinggang!
Tapi, kalau sakit kat bahagian perut atau pinggang tu lama sangat, baik korang check dengan doktor. Mana tau ada punca atau sakit lain yang kita tak tau?
6. Dah pakai tuala wanita pun ‘bocor’ lagi. Kenapa eh?
Selalunya perempuan ni memang kelam kabut masa pagi. Fuh! Ye lah, nak bersiap, sarapan, pakai tudung, bersolek lagi kan? Lepas tu ada satu hal pulak nak kena make sure pad tak leaking. Tapi, bila dah sibuk sangat lepastu berjalan sana-sini, mesti bocor juga! Sigh.
Ada pulak jenis perempuan yang mungkin pertama kali period, tak tau jenis tuala wanita apa yang sesuai dengan diorang. Bila pakai, tak sesuai maka bocor la. Ada baiknya korang tanya family atau kawan-kawan yang berpengalaman. Jangan malu!
Sebab tu lah bila period, Laurier wajib ada di sisi selalu!
Nak keselesaan semasa tempoh period? Jom gunakan tuala wanita Laurier yang ada ciri baru. Pastikan ada bekalan dalam beg korang selalu tau!
Kalau korang nak tau, Laurier kini memperkenalkan tuala wanita dengan permukaan ‘Diamond Surface with Skin Stress Free Technology’ yang menjanjikan 2 kali serapan dan 5 kali kekeringan yang lebih cepat untuk keselesaan korang!
Layari laman sosial Facebook Laurier untuk mengetahui update terkini mengenai produk terbaru mereka. Jom dapatkan Laurier di kedai berhampiran korang!
Kredit : ohbulan.com
No comments:
Post a Comment